SJ-11-0120 : agih fitrah guna duit lain dahulu

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0120 : agih fitrah guna duit lain dahulu

salam. berikutan masalah kutipan fitrah masjid ini yang biasanya amat banyak pada penghujung ramadhan, jkuasa telah bersetuju untuk mendahulukan wang tabung masjid (anggaran) untuk mengagihkan lebih awal kepada fakir miskin.

apakah nas dan hukumnya...

SJ-11-0120 : agih fitrah guna duit lain dahulu

:wassalam

al-Jawab:

Ini masalah khilafiah kerana tiada nas yg qat'iy (mutlak) dalam isu pembayaran zakat dan pengagihannya. Madzhab Syafi'iy (al-Umm, 2/75) membolehkan pembayaran dilakukan pada awal Ramadhan lagi, sedangkan tidak boleh dalam madzhab Hanbali.
Oleh kerana Malaysia menggunapakai qaul Syafi'iyah, maka mereka boleh saja menerima zakat sejak 1 Ramadhan dan mengagihkan lebih awal kepada fakir-miskin. sekian