SJ-11-0133 : Kemusykilan Zakat Fitrah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Anonymous (not verified)
SJ-11-0133 : Kemusykilan Zakat Fitrah

:salam

Saya ada 2 kemusykilan mengenai Zakat Fitrah, harap dapat dicerahkan segala yang kabur.

(1) Saya pertama kali mendengar daripada seorang teman seIslam dari negara di benua Afrika yang mengatakan Zakat Fitrah boleh dibayar dalam masa 3 hari selepas Solat Eid.

Jadi adakah ini pandangan daripada mana-mana mazhab? Setahu saya, waktu terakhir pembayaran adalah sebelum Solat Eid didirikan.

(2) Di Jepun ini, ada satu kaedah canggih dalam membayar zakat iaitu melalui pemindahan duit "bank-in" dari akaun sendiri ke akauan bank masjid atau Pusat Islam.

Soalan saya:
Katakanlah hari raya jatuh pada hari Sabtu dan kita "bank-in" kan duit Zakat Fitrah itu pada hari Jumaat malam. Adakah pembayaran zakat kita itu sah? Sebab kalo mengikut prosedur bank, duit itu hanya akan masuk ke akaun masjid itu pada hari Isnin minggu depan.

Itu dahulu. Jazaakumullahukhaer kepada para panel yang bersusah-payah mencerahkan yang kabur. ::D