SJ-11-0216 : Jalan2 di Pusat perjudian

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0216 : Jalan2 di Pusat perjudian

:salam sahabat2 di al ahkam.net. terima kasih byk2 sebab banyak yg saya dan keluarga telah pelajari dari anda semua.

ada sedikit pertanyaan..sahabat saya mengajak saya melawat ke satu tempat peranginan..tempat tu terkenal sebagai salah satu pusat PERJUDIAN yg terbesar dan ada jugak taman-taman yg sesuai utk bawa family jalan2. so adakah wajar dari pandangan Islam saya dan family melawat tempat itu dengan tujuan nak bawak family jalan2. terima kasih.

SJ-11-0216 : Jalan2 di Pusat perjudian

Salam ,

Apa yang kami fahami dari kenyataan saudara ialah saudara tidak masuk ke dalam kawasan @ bangunan yang menepatkan tempat perjudian tersebut.Saudara hanya ingin melawat atau berjalan-jalan di tempat-tempat yang menarik bersama-sama dengan keluarga yang bukan tempat perjudian tersebut.

Maka , adalah tidak mengapa jika demikian.Ini kerana niat dan tujuan saudara bukanlah untuk pergi ke tempat perjudian tersebut walaupun ianya berada bersebelahan atau berdekatan dengan tempat perjudian tersebut.

Ini samalah hukumnya dengan seseorang yang pergi ke mana-mana pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah , walaupun pasaraya tersebut ada menjual arak.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com