SJ-11-0230 : Jual Voucher

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0230 : Jual Voucher

:salam

Saya ada menerima beberapa keping voucher, di mana dengan voucher tersebut saya boleh menyewa kereta dari sebuah syarikat.

Apakah hukum menjual voucher tersebut kepada orang lain? Adakah ia dikategorikan seperti menjual/membeli duit dengan duit?

Sekian.

albaruhiyy (not verified)
SJ-11-0230 : Jual Voucher

:wassalam

Soalan saudara ahchonx sukar untuk dijawab, namun pada pandangan peribadi saya, harus menjual voucher tersebut dengan syarat mesti ada taqabud dan tamathul.
Alasannya kerana voucher tersebut adalah sehelai kertas yang mewakili nilai contohnya RM100. Maka dengan nilai tersebut saudara dapat menyewa kereta dalam tempoh, kata kan 1 hari.

Oleh itu, yang dimaksudkan menjual voucher tersebut ialah menjual nilai tersebut.

Cuma sekiranya ada tertera tulisan syarat tidak boleh menjual voucher tersebut, maka barulah hukumnya tidak boleh dijual.

Wallahualam.