SJ-12-0005 : Menguruskan uri bayi

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0005 : Menguruskan uri bayi

Bagaimanakah caranya di dalam Islam untuk menguruskan uri bayi yang bari lahir?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
re: SJ-12-0005 : Menguruskan uri bayi

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Soalan yang sdr squid kemukakan ini telah pun dijawab oleh kedua-dua moderator fiqh al-ahkam, iaitu al-fadhil Ustaz thtl dan Ustaz Pendekar. Sila klik url dibawah ini :-

SJ – 2528 : HUKUM MENANAM GIGI
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=12675

SJ-1909: Menanam uri?
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=8263

'Ala kulli hal, kami juga menjumpai soalan yang dijawab secara lisan oleh bekas Mufti Saudi, Sheikh Utsaimin, berhubung dengan apa yang perlu dilakukan keatas uri/placenta (ãÔíãÉ) yang tidak digunakan :-

Soalan :

ÓÄÇá : æÅÐÇ áã íßä áåÇ ÝÇÆÏÉ åá íÌÈ ÏÝäåÇ ¿ Ãã ÊáÞì Ýí Ãí ãßÇä ¿
"Dan jika ia (uri) tidak berguna, apakah perlu di tanam, atau boleh di buang dimana-mana tempat?

Jawab :

ÌæÇÈ : ÇáÙÇåÑ ÃäåÇ ãä ÌäÓ ÇáÃÙÇÝÑ æÇáÔÚÑ . æÇááå ÃÚáã
"Ia kelihatan serupa dengan cara kuku dan rambut"

--------------
Kuku dan rambut ini dimanakan Fitrah Al-deen, sebagaimana hadith yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah ra yang berkata :-

ÇáÝØÑÉ ÎãÓ Ãæ ÎãÓ ãä ÇáÝØÑÉ : ÇáÎÊÇä ¡ æÇáÇÓÊÍÏÇÏ ¡ æäÊÝ ÇáÅÈØ ¡ æÊÞáíã ÇáÃÙÝÇÑ ¡ æÞÕ ÇáÔÇÑÈ
'Rasulullah saw bersabda :'Lima perkara yang sebahagian dari fitrah : bersunat, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai,' - [Hadith riwayat al-Bukhaari #5550; Muslim #257]

Bagaimana pula mengurus perkara fitrah ini? Islam tidak mengariskan cara dan bagaimana menguruskan perkara-perkara ini, cuma sunnat membuangnya sahaja. Sebagai contoh, terdapatnya riwayat-riwayat yang aneh-aneh, seperti hadith yang menunjukkan cara memotong kuku, dan juga adat-adat yang mewajibkan uri itu ditanam dengan beberapa cara-caranya yang tersendiri. Sheikh Saleh Al-Munajjid didalam menjawab amalan bersekitar dengan memotong kuku, katanya :-

æßÐáß ÇáÞæá ÈÃäøå áÇ ÈÏø ãä ÇáÊÓãíÉ ËáÇËÇ Úáì ÇáÃÙÇÝÑ æÇáÔøÚÑ ÞÈá ÑãíåÇ æÅáÇ ÇÓÊÚãáåÇ ÇáÔíØÇä áÇ ÃÕá áå ÃíÖÇ æßÐáß ÅíÌÇÈ ÏÝäåÇ áÇ íÕÍø ÃíÖÇ æÞÏ æÑÏ Ýíå ÍÏíË ÖÚíÝ ÌÏÇ . ÝíÌæÒ ÑãíåÇ Ýí ÇáÞãÇãÉ Ãæ ÇáÈáÇÚÉ Ãæ ÏÝäåÇ æÅÐÇ ÎÔí ÇáÔÎÕ ãä æÞæÚåÇ Ýí ÃíÏí ÇáÓÍÑÉ ÝÅäå íÊÎáÕ ãäåÇ Ýí ãßÇä áÇ íÕáæä Åáíå Ýíå ¡ æÇááå ÊÚÇáì ÃÚáã
"Dan begitu juga dengan kenyataan yang menyuruh agar membaca Bismillah 3 kali ketika memotong kuku atau rambut sebelum membuangnya, dan jika tidak syaitan akan menggunakannya, kenyataan ini tidak ada asalnya (no basis). Begitu juga yang mengatakan ia mesti di tanam; hadith yang datang dengan permasalahan ini sangat daif (da'if jiddan). Adalah dibolehkan membuangnya kedalam tong sampah atau kedalam longkang, atau boleh ditanam. Jika seseorang khuawtir benda tersebut akan jatuh kepada tukang sihir, maka hendaklah ia membuangnya disuatu tempat yang tidak boleh dicapai oleh mereka, wallahu ta'ala 'alam." [sumber : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=11993&dgn=4&dgn=2 ].

Kesimpulannya amalan menanam uri ini merupakan satu adat sahaja dan tidak dijelaskan dari mana-mana Nas didalam Islam. Ada dikalangan ulama' yang mencadangkan agar uri itu dibuang sebagaimana kita membuang kuku dan rambut. WA.

wassalam.

خيرالأمين