SJ-12-0110 : WANG HANTARAN

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0110 : WANG HANTARAN

:salam

Saya nak tahu lebih lanjut. Mas kahwin ialah pemberian wajib daripada suami kepada isteri sebagaimana yang telah saya baca dalam ruangan ini, mahar musamma ialah mahar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Negeri. Dan itu ialah hak milik isteri sepenuhnya. Adakah wang hantaran juga contohnya mas kahwn RM 80 dan hantaran (belanja kahwin) RM 8000, wang hantaran sebenarnya hak milik siapa? adakah hak milik bakal isteri sepenuhnya ataupun hak milik ibu apa bakal isteri.

:wassalam

SJ-12-0110 : WANG HANTARAN

:wassalam

Mahar Musamma adalah kadar minima yang ditetapkan oleh Penguasa. Cth Selangor RM 80.00. Kalau zaman Mat Kilau dulu RM 80.00 tu menasabahlah. Maka dengan sebab itu ada lagi mahar Mitsl (mahar yg sepatutnya diberi melihat kepada taraf si gadis, kecantikan, pelajaran, kerjaya dan statusnya dalam masyarakat). Selalunya perempuan dari kalangan artis, mahar mitslnya mencecah RM 20,000 (contoh)

Mahar musamma dan mitsl itu adalah hak milik empunya badan dan jika dia nak beri dan belanja terpulanglah kepadanya. Dalil AQ 4: 04

[Prof dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, Undang2 keluarga Islam Malaysia, Universiti Malaya]