SJ-12-0125 Bertudung labuh tapi tetap nak cantik, ape hukum.

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0125 Bertudung labuh tapi tetap nak cantik, ape hukum.

:salam

Saya ade kemusykilan sedikit tentang aurat wanita, seperti yg kita ketahui aurat wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Tapi bagaimana pula yg dah tutup aurat tapi masih nak kelihatan cantik. Dengan memakai baju yg berwarna warni contoh baju kurung dan sebagainya. Tudung yg berfesyen dan sebagainya.

Sesiapa boleh huraikan demi kepentingan bersama.

Terima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0125 Bertudung labuh tapi tetap nak cantik, ape hukum.

setakat pengetahuan ana yang terbatas, ia dibolehkan selagi mana menutup aurat. apa yang disepakati ialah kewajipan menutup aurat iaitu seluruh badan kecuali muka dan tangan sehingga ke pergelangan. mudahkanlah, jangan menyusahkan. wallahu a'lam. boleh rujuk Fatawa Mu'ashirah dan juga Fatawa Lil Mar'ah al Muslimah oleh SYeikh al Qaradhawi.

Tambahan (thtl):

Apa yang ditimbulkan oleh am ialah bagaimana memadukan dua fungsi pakaian: fungsi pakaian sebagai perhiasan vs fungsinya sebagai alat menutup aurat.

Pakaian sebagai perhiasan terbahagi dua:

1. pakaian tabarruj (apakah ia digunakan untuk menjadi daya penarik kepada lawan jantinanya)

2. pakaian syuhrah (menurut Imam al-Albani, ialah pakaian yang dipakai untuk mendapat pujian dan kemegahan)

Berkata Prof Dr Abdul Halim Abu Syuqqah (Tahrirr alMar'ah jld 4) pemilihan warna dan fesyen busana muslimah banyak ditentukan oleh uruf. aku dapati wanita Sudan, Syria, mahasiswi Mesir dan Kuwait memakai pakaian yang berwarna warni dan tidak menjadi apa-apa masalah di kalangan masyarakat tsb.
Dasar umum ialah busana muslimah (baik pilihan fabrik, warna dan fesyennya) biarlah ia unik untuk wanita Islam dan tidak menyerupai wanita2 non-muslim.