SJ-12-0161 : Derhaka Kepada Ibu Bapa?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0161 : Derhaka Kepada Ibu Bapa?

:salam

Minta maaf, soalan dari pihak ketiga.

SOALAN:

Kalau masalah ibu bapa , boleh kah saya masuk campur. Sebab saya sahaja anak yang sek agama penuh. Apabila ibu ada masalah dengan ayah, ibu cerita pada saya. Apakah saya boleh bertindak..saya takut di panggil anak derhaka sebab tidak menyelesaikan masalah keluarga

SJ-12-0161 : Derhaka Kepada Ibu Bapa?

:wassalam

al-Jawab:

Perselisihan antara suami-isteri atau ayah-ibu merupakan suatu perselisihan yang unik dan amat sulit. Mereka berdua sajalah yang mampu menyelesaikannya.

In bukan bidang kuasa anak-anak dan jika anak-anak tidak campur tangan, tidaklah anak-anak dicop sebagai anak derhaka. Ini kerana Islam tahu bahawa krisis antara ayah-ibu merupakan suatu krisis yg akan difahami oleh mereka yang sudahpun berumahtangga. Krisis rumahtangga pasti terjadi. Selalunya krisis ayah-ibu ini melalui beberapa tahap, tahap satu ialah krisis biasa yang berlaku kepada semua pasangan, tahap 2: krisis yang melibatkan perkara pokok dalam berkeluarga yang boleh membawa kpd perceraian. Ketika itu Islam menyarankan adanya hakam. sebagaimana firman ALlah SWT:

"jika kamu khuatir ada persengkitaan antara keduanya (suami-isteri//ibu-ayah), maka kirimlah seorang hakam (pendamai) dari keluarga lelaki dan seorang hakam dari keluarga perempuan." AQT 4:35

Maka krisis ayah-ibu, adalah krisis yg sulit dan ia diluar kemampuan anak-anak menyelesaikannya...tapi tidak salah mencuba kerana ayat di atas menyebut, "JIKA khuatir ada persengkitaan" maka sesiapa saja yg rasa khuatir boleh mencuba, tapi Allah lebih tahu anak-anak tidak mampu menyelesaikan krisis antara ibu dan ayah melainkan seorang hakam.

WA (lihat, Prof Dr Abd Halim Abu Syuqqah, Univ. Qathar,Tahrir alMar-ah, 5/293-326)