SJ-12-0266 : wajibkah pakai baju pengantin?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0266 : wajibkah pakai baju pengantin?

salam,
sy cuma nak tahu,adakah masa nabi atau para sahabat dizaman salaf memakai baju pengantin.I mean pakai baju yg serupa dari segi kaler dan fesyen nya seperti pasangan pengantin zaman sekarang.
sbb sy lihat trend tu mcm wajib.
malah ade wanita yg x mahu kawin dgn pasangannya semata2 krn lelaki yg mahu mengahwininya x mahu pakai baju pengantin.
lelaki tu cuma mahu pakai baju yg terbaik dlm almarinya dan tidak mahu membazir.
alasan lelaki tersebut ialah dia x mahu membazir malah duit yg mahu dibuat baju pengantin itu mahu didermakan kpd rakyat palestin yg belum tentu makan atau tidak pd hari ini.

mohon pencerahan.

SJ-12-0266 : wajibkah pakai baju pengantin?

al-Hamdulillah...

Al-Jawab :

Persoalan saudara/i ini adalah persoalan yang memang popular dikalangan muda-mudi yang bakal melangkah ke alam perkahwinan.Setakat pencarian kami tidak diketemui sumber yang mengatakan bahawa semasa di zaman nabi atau para sahabat memakai baju pengantin yg serupa dari segi warna dan fesyen nya seperti pasangan pengantin di zaman sekarang.

Apa yang penting sekali dalam perkahwinan ialah persetujuan untuk berkongsi hidup dan segala macam perkara antara satu sama lain.Islam tidak melarang untuk berhias pada hari tersebut , malah diharuskan juga untuk kita memakai pakaian yang cantik dan berlainan daripada pakaian hari biasa sebagaimana maksud umum sabda rasulullah saw :

ãÇ Úáì ÃÍÏßã Åä æÌÏ ÓÚÉ Ãä íÊÎÐ ËæÈíä áíæã ÇáÌãÚÉ ÛíÑ ËæÈí ãåäÊå

“Tiadalah salahnya buat seseorang kamu apabila mempunyai rezki yang lebih , menyediakan dua pakaian khusus untuk hari Jumaat , selain dari dua pakaian pada hari biasa untuk bekerja”

(HR Ibnu Majah : 1 / 348 .Dinilai SAHIH oleh Albani dalam kitab ÛÇíÉ ÇáãÑÇã Ýí ÊÎÑíÌ ÃÍÇÏíË ÇáÍáÇá æÇáÍÑÇã , no : 76)

Hadis di atas secara umumnya membolehkan kita memakai pakaian khusus yang lain daripada pakaian biasa pada tempat-tempat perkumpulan umat Islam seperti pada hari jumaat , dua hari raya dan termasuk juga majlis akad nikah perkahwinan tetapi mestilah mengikut segala macam syarat dan ketetapan yang telah ditetap oleh Syarak seperti tidak berlebih-lebihan , melampau , membazir , memakai pakaian yang melambangkan kesombongan dan keegoaan dan sebagainya sebagaimana sabda Rasulullah saw :

æßáæÇ æÇÔÑÈæÇ æÇáÈÓæÇ ãä ÛíÑ ÅÓÑÇÝò æáÇ ãÎíáÉò

“Makan dan minumlah serta pakailah dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak dengan khayalan atau bayangan (tipu daya)”

(HR Ahmad : 2/181 , Al-Hakim : 4/135. Dinilai SAHIH dan dipersetujui oleh Az-Zahabi)

Perbuatan membazir dalam perkahwinan malah dalam apa jua keadaan adalah satu perbuatan yang dilarang dalam Islam serta ditegah sama sekali untuk dilakukan oleh umat islam.Malah hadis yang pertama di atas juga ada menyebut perkataan : Åä æÌÏ ÓÚÉ yang membawa maksud : apabila mempunyai rezki yang lebih.

WA

Ruj :

1. Al-halal wa al-haram fi al-Islam , As-Syaikh Dr. Yusof al-Qaradhawi
2. Ghayatul maram fi takhrij Ahadisi al-Halal wa al-haram , As-Syaikh
Muhammad Nasiruddin al- Albani , Jilid 1.
3. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiah , Jilid 6 , ms.129 , Cetakan 2
Dar al-Salasil , Kuwait.

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com