Assalamu'alaykum wrh wbt,
Ana ada terdengar tentang katb al-kitab dr seorg rakan. Dikatakan katb al-kitab ni diamalkan oleh pasangan yg ingin berkahwin. Kedudukannya adalah dipertengahan, antara khitbah dan nikah. Tapi ana tak pernah dgr konsep ni sebelum ni? Adakah dibolehkan dalam Islam? Adakah konsep ini ada kesamaan dgn nikah misyar? Jzkk. wassalam
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Katb al-Kitab adalah satu istilah yang timbul terkemudian. Hakikatnya ia adalah sama dengan akad perkahwinan, atau dikenali di kalangan orang Arab dengan istilah Aqad al-Qiran.
Dinamakan akad perkahwinan dengan istilah Katb al-Kitab yang bermaksud (penulisan dokumen) kerana pada zaman sekarang akad nikah dilakukan dengan disertai pengesahan pihak-pihak berkuasa seperti Pejabat Agama.
Ia bukanlah perantaraan antara pertunangan dan pernikahan. Kerana Katb al-Kitab itu sendiri adalah akad pernikahan. Cuma kebiasaan adat org Arab (malahan adat Melayu), selepas sahnya akad nikah (katb al-Kitab atau Akad al-Qiran), pengantin tidak terus duduk bersama. Mereka akan membuat satu perjanjian bilakah tarikh 'Lailah al-Zifaf' atau 'Lailah al-Dakhlah' (Malam Pertama).
Dalam tempoh selepas Katb al-Kitab, mereka adalah suami isteri yang sah.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com