betul ke kalau nak pakai serban kita kene ikut sanad..dan permulaannya dari rasulullah.kalau kita belajar kat pondok ..dia akan belajar 10 sanad ikatan serban ..... ada ikatan salman farisi..dan macam2 lagi..ana pun tatau sangat..tuh kawan ana yg belajar kat pondok citer.
minta komentar...
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba membincangkan soalan yang sdr alhakim postkan dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Sebelum kita pergi lebih jauh mengenai sunnah memakai serban, elok juga kita mengulangi kembali kedudukan serban disisi syariat Islam. Beberapa perkara yang telah disentuh oleh Syeikh Atiyah Saqr didalam fatwa beliau mengenai serban, diantara nya :
a. Serban merupakan penutup kepala yang mewakili beberapa kumpulan sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana yang berbeza, dan tidak bergantung kepada warna dan bentuknya, ia merupakan tabiat orang Arab bagi melindungi kepala mereka dari kepanasan. Nabi saw juga memakai serban, sebagaimana dipakai ooleh pengikutnya,
b. Hadith2 yang menunjukkan kelebihan memakai serban kesemuanya dhaif. Diantaranya riwayat yang menyebut {Åäøó ÝÑÞó ãÇ ÈíääÇ æÈíä ÇáãÔÑßíä ÇáÚãÇÆã Úáì ÇáÞáÇäöÓ}" Yang memisahkan kita dan kaum musyrikin adalah memakai serban dan memakai topi". Begitu juga dengan riwayat {Åä ÇáÚãÇãÉ ÍÇÌöÒÉ Èíä ÇáßÝÑ æÇáÅíãÇä } "Sesungguhnya [memakai] serban membezakan diantara kufur dan iman" dan juga riwayat {Åäø Çááåó æãáÇÆßÊóå íõÕáøõæäó Úóáóì ÇáÚãÇÆã íæã ÇáÌãÚÉ } 'Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat keatas pemakai serban pada hari Jumaat.'
c. Ibn al-Haaj telah menjadikan amalan berseban dibolehkan! Kerana sesungguhnya ia juga dilakukan oleh Rasulullah saw, dan bukanlah ia menunjukkan makna wara', akan tetapi ia menunjukkan adat dan tabiat sebagaimana adat makan, minum dan berpakaian, dan disini khilaf ulama' mengenai perbuatan meniru baginda saw. Baginda menamakan serbannya dengan nama al-Sahaab (awan), baginda memakainya dan dibawah serbannya dipakai topi, dan adakala baginda memakai topi tanpa serban, dan adakalanya memakai serban tanpa topi, dan adadakal baginda merendahkan serbanya diantara bahunya sebagaimana riwayat Shahih Muslim dan Amru bin Harith.
d. Tidak terdapat warna yang dikhaskan didalam memakai serban. Didalam Zaadul Ma'aad menjelaskan bahawa Nabi saw memasuki Mekah dengan memakai serban hitam, dan sesungguhnya baginda tidak memakai keseluruhan pakaiannya hitam. Dan ia bukankanlah syiar didalam perayaan dan perhimpunan seperi hari Jumaat. Akan tetapi baginda saw memakai serban hitam berkebetulan dengan pembukaan Mekah tanpa diikuti oleh para sahabat (memakai serban hitam), dan semua pakaian baginda tidaklah semua hitam, akan tetapi kebanyakkan berwarna putih.
e. Mengenai ekor serban, ia hanyalah adat dan bukannya ibadat. Imam al-Nawawi mengatakan bahawa memanjangkan sedikit ekor serban diperbolehkan sebagaimana beliau telah mensyarahkan didalam Syarh al-Muhazab.
--------------------
Memakai serban merupakan pakaian Nabi saw dan orang2 arab sebagaimana yang banyak diriwayatkan didalam hadith2 sahih. Diperbolehkan kita memakainya, sebagai meniru cara Nabi memakainya. Nabi saw tidaklah sentiasa memakai serban, dan adakalanya baginda memakai topi (qalansiwah) tanda serban. Hadith2 yang menyatakan fadhilat memakai serban adalah dhaif. Menurut Syeikh Muhammad Jamil Zainu :
al-Fadhil Ustaz thtl telah pun membincangkan isu serban dan kopiah didalam arkib soal-jawab didalam al-ahkam :-
SJ-2753: Memakai kopiah dan serban
http://al-ahkam.net:2020/forum2/viewtopic.php?t=15285
Wallahu'alam, wassalam
==============
Rujukan :
1. Syiekh Atiyah Saqr. ÇáÚãÇãÉ æÇáÚÐÈÉ . URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=12630
خيرالأمين