SJ-13-0328 : Muslimah Pamer Foto Dalam Internet

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0328 : Muslimah Pamer Foto Dalam Internet

:salam

apakah hukum seseorang wanita meletakkan gambarnya di dalam laman sesawang sosial mcm myspace,friendster dan sekutunya,meskipun ia masih menutup aurat.... ::?

asif
syukran kathiran

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0328 : Muslimah Pamer Foto Dalam Internet

:salam

Bismillahi wal hamdulillah

Sebarang perkara yang dibimbangi boleh membawa kepada perbuatan maksiat dan keji yang lebih besar , secara kaedahnya hendaklah dielakkan.

Meletakkan gambar seorang wanita (sekalipun menutup aurat) untuk tontonan ramai adalah perbuatan yang boleh membawa kepada fitnah.Hukumnya adalah sama dengan seorang wanita yang bersanding di hari perkahwinannnya untuk ditonton oleh para jemputan , sekalipun wanita tersebut memakai pakaian yang menutup aurat.

Ini kerana , melalui raut wajah wanita itu , sudah cukup untuk membuatkan orang yang melihatnya merasa tertarik dan sebagainya.

Maka , untuk menutup jalan-jalan yang boleh membawa kepada kemaksiatan dan kemungkaran yang lebih besar , adalah lebih baik tidak diletakkan gambar tersebut.....Allahu A'alam..

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com