SJ-13-0366 : Makanan yang diukir simbol2 Islam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0366 : Makanan yang diukir simbol2 Islam

:salam

Ade sahabat ana yg kebetulan dia ade bakat dalam bakery, tanya pada ana boleh ke kalau membuat kek atau makanan dalam bentuk2 simbol Islamic lepastu kita tahu ianya akan dimakan? Seperti masjid, alQuraan, dan sebagainya.

Jazakumullah

:wassalam

SJ-13-0366 : Makanan yang diukir simbol2 Islam

:wassalam

al-Jawab:

Kami mengambil masa yang agak lama untuk meneliti isu ini disamping melihat fatwa-fatwa semasa, namun kami tidak menemui sebarang perbahasan dalam isu ini.

Pendapat peribadi kami ialah simbol-simbol Islam itu adalah sebahagiannya adalah syi'ar agama. Syi'ar maksudnya sesuatu yang sinonim dengan kesucian Islam yang mesti dimuliakan dan tidak boleh jatuh ke tahap ia dipersendakan terutama oleh non-Muslim.

Jika syi'ar Islam itu diabadikan dalam bentuk kuih muih, maka sudah tentu ia akan menjadi bahan gurauan dan mainan. Misalnya, seseorang bila ingin memakan kuih berbentuk AQ, maka dia akan bergurau," lihat, aku tak payah pergi ke Ma'ahad Tahfidz utk menjadi seorang hafidz, aku telan kuih Koran aje dah cukup.." kemudian mereka gelak-gelak...
Kalau dapat kat orang kafir, sudah tentu ada yang akan menghinanya...

Maka kaedah fiqhiyah ialah "Sadd adDzara'iy" yang membawa maksud pintu2 fitnah atau kerosakan hendaklah ditutup. sekian WA