SJ-13-0373 : sy rase sy amat berdosa

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0373 : sy rase sy amat berdosa

assalamualaikum....

sy ada terbaca petikan ni di sini.. http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33226

Quote:
utk menyelesaikan kemusykilan yg bertanya...saya hanya mampu utk menyebutkan di sini sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan lain2 yg bermaksud:

Sesungguhnya Allah memaafkan ke atas umatku apa yang dibisikkan di dalam jiwanya (hati) selagi tidak dibuat atau tidak disebut.

wallahu a'lam

tahap was2 sy amatla teruk...kadang2 saya pernah salahkan Allah..saya pernah berkata2 dalam hati allah ini..(xsanggup sy nyatakan dalam ni)

saya tak tau sy pernah menyebutnya dgn niat atau tidak...tapi dalam hati..kadang2 ia sendri muncul...tak tau kenapa....kalau dalam keadaan marah,ia menjadi lebih teruk dan sy penah ckp(terkeluar perkataan dr mulut)... allah itu ini..sbb tak dpt niat tuk smyg...sbb sy amat marah waktu tu..

saya smyg ,puasa,,tapi hati kosong..tak tenang..teringat dosa...tapi saya masih duk enjoy2..(seperti chatting,gelak sana sini)tapi hakikatnya bila bersendirian di tikar semayang hati sy kosong,

dan saya rasa sy jadi begini sebb dosa saya,..sejak jadi begini sy dapat rasakan kalau sy mati,mmg tempat saya neraka,
entahla saya tak tau nak cerita kpd siapa

sy takut gile tapi masih lagi alpa dgn dunia....sy rasa saya da murtad tapi sy tetap teruskan semayang dan skarang saya masih dalam puasa qada tapi hati saya tak tenang,adakah diterima ibadah ini sbb maybe sy bukan islam dah

dan saya ada dgr org yg murtad kena mengucap 2 kalimah shahadah depan 3 org saksi tak cukup sekadar mengucap 2kalimah shahada sendiri2..sbb tu sy rasa ibadah sy dah tak diterima..

ya allah ampunkan aku...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0373 : sy rase sy amat berdosa

:wassalam

al-Jawab:

Kami syorkan anda membeli dan membaca kitab La Tahdzan atau Jangan Bersedih karya Dr A'idh al-Qarni. Buku ni merupakan best seller di Indonesia dan terlaris juga di Timur Tengah (lebih 1 juta naskhah berjaya dijual) dan kami dapati jualannya di Malaysia begitu laris sekali. Buku ini adalah jawapan kepada kegelisahan yang melanda bukan sahaja anda, malah jutaan manusia di dunia. Dari statistik PBB. 1 juta manusia membunuh diri saban tahun dan di Jepun sahaja 40 ribu orang membunuh diri setiap tahun. Oleh kerana begitu banyak jiwa yang murung dan gelisah, maka tampillah seorang penulis USA, yakni Dale Carnegie, pada tahun 1944 telah menulis sebuah buku " How to stop Worrying & Start Living" (Bagaimana menghindari Kebimbangan dan Memulakan Kehidupan). Ia kemudian menjadi buku motivasi terlaris di dunia, berjaya di jual 7 juta naskhah!
memandangkan buku ini begitu laris, Syaikh Muhammad alGhazali dari Egypt menulis buku semisal buku Dale Carnegie bertajuk Jaddid Hayaatak atau Perbaharuilah kehidupanmu oleh Pustaka Darul Qolam Damascus Syria dan telah diulang cetak sehingga 17 kali.
Kemudian muncul kitab La Tahdzan (Jangan Bersedih) oleh Dr Aaidh alQarni dari KSA yang menjadi buku best seller di dunia arab dan Indon.

Maka kami syorkan anda memiliki dua buku tsb: Jaddid Hayaatak oleh Muhd al-Ghazali (ada terjemahan Malaysia dan Indon) dan La Tahdzan oleh Dr al-Qarni (ada edisi terjemahan Malaysia) dan saya pasti ia akan menghapuskan kegelisahan dan kemurungan yang anda alami sekarang.
Kemurungan dan kegelisahan yang anda hadapi terlalu kompleks untuk kami selesaikan di ruangan yang begini terhad di AAN.

sekian