SJ-13-0452 : Tanaman disempadan, jiran boleh ambil buah?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0452 : Tanaman disempadan, jiran boleh ambil buah?

Assalamualaikum.....

Saya ada menanam pokok rambutan di tanah saya ttp bersempadan dgn tanah si A..dengan kehendak Allah separuh dari dahan rambutan saya masuk ketanah si A..apabila berbuah, bolehkah si A mengambil rambutan yg masuk ke tanahnya itu tanpa keizinan dari saya?dengan alasan bahawa rambutan yg masuk ke tanahnya itu adalah milik bersama.

minta hukum dan pandangan....syukran ::wink:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0452 : Tanaman disempadan, jiran boleh ambil buah?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Sepatutnya, sewaktu menanam pokok yang berhampiran tanah orang lain, kita sudah anggarkan jaraknya supaya apabila besar, ia tidak memasuki kawasan orang lain.

- Jika sebahagian dahannya sudah memasuki kawasan jiran, maka tuan punya pokok mesti mencantas dahan-dahan yang terkeluar. Kerana dia tidak boleh mengambil manfaat kawasan orang lain kecuali dengan keredhaannya. (Al-Muhalla 8/240).

- Jika tuan pokok tidak mahu mencantasnya, jirannya berhak mencantas dahan-dahan yang masuk ke kawasannya.

- Tetapi, jirannya tetap tidak boleh makan buah-buahan pokok itu tanpa izin tuannya. Kerana perbuatan itu termasuk dalam memakan harta orang lain secara tidak benar.

Sebagaimana jika haiwan ternakan orang lain masuk ke dalam pagar rumahnya, dia berhak menghalaunya keluar, tetapi tidak berhak mengambil manfaat seperti meminum susunya atau menyembelihnya. Begitu juga bahagian pokok yang masuk ke kawasannya, dia berhak mencantasnya tetapi tidak berhak memakan buahnya.

Wallahu A'lam.