SJ-13-0494 : Asal Kejadian Manusia Dari 4 Unsur

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0494 : Asal Kejadian Manusia Dari 4 Unsur

:salam

Ini adalah petua orang-orang tua dan masih diguna pakai bg sesiapa yg mengetahui. Antara tujuannya adalah mencari keserasian antara lelaki dan wanita serta mencari kebahagiaan hidup. Mereka mengatakan manusia dipengaruhi oleh unsur2 kejadiannya. Unsur2 itu adalah tanah, air, api dan angin. Bagi mengetahui sifat dan perangai individu itu melalui unsurnya, ia boleh ditentukan menerusi urutan kelahiran dlm keluarga.

Link unsur beserta sifat manusia boleh dilihat di sini:
http://books.google.com/books/pts?id=tQ8Unbs_dD4C&pg=PP17&dq=panduan+bercinta+%26+berdating#PPA206,M1

Sy sendiri telah cuba menilainya pd diri sy dan byk yg benar.
Soalan sy, adakah perkara ini terdapat dlm dalil al-quran atau hadis sahih dan bolehkah ianya dijadikan rujukan..? Rasa2nya sy mcm pernah terdengar perkara ini terdapat dlm kitab tajul muluk, benarkah..?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0494 : Asal Kejadian Manusia Dari 4 Unsur

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1- Mengatakan unsur kejadian manusia ialah tanah, air, api dan angin adalah petua yang bersalahan dengan ayat-ayat Quran, dan hadis-hadis sahih yang mengisbatkan bahawa manusia berasal daripada unsur tanah. Kemudian tanah itu dicampur dengan air sehingga menjadi seperti tanah liat. Lihat ayat-ayat Quran:

- Al-Rahman: 14
- Al-Mukminun: 12
- Al-Rum: 20

2- Api bukanlah asal kejadian manusia. Ia adalah unsur kejadian jin, sebagaimana ayat-ayat:

- Al-Rahman: 15
- Al-Hijr: 27

3- Menentukan bahawa anak pertama dipengaruhi unsur tanah, anak kedua dipengaruhi unsur air, anak ketiga dipengaruhi unsur api, anak keempat dipengaruhi unsur angin, anak kelima: tanah, anak keenam: air, sehingga seterusnya, semua ini adalah karut marut yang tidak logik, dan diasaskan kepada suatu yang batil, iaitu asal penciptaan manusia adalah 4 unsur.

4- Maka, tidak syak petua-petua sebegini adalah bercanggahan dengan akidah Islamiyyah, dan wajib dihindari.

Wallahu A'lam.