:salam
Dikatakan Nabi saw pernah mencabar puak Nasrani utk bermubahalah. Soalannya, jika suatu mubahalah itu perlu kita lakukan dengan golongan non-muslim:-
(i) kalau kita kena baca A’uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi. bla.. bla.. bla.., apa & bagaimana pula perlu mereka baca? Terutamanya golongan musyrikin / atheis?
(ii) apakah syarat utk kita panggil mereka bermubalah setelah tiada jalan penyelesaian? Bolehkah kita terus cabar saja mereka?
(iii) setelah bermubahalah, katakan salah satu pihak mengaku berdusta dan ingin tarik balik, ada peluangkah utk dia meminta maaf dan dimaafkan oleh satu pihak lagi, ataupun kes tersebut dikira terminal, viz. tunggu azab Allah sahaja?
jzk
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
(i) Tidak disyaratkan dalam mubahalah (sumpah laknat) menyebut istiazah dan basmalah. Cukup dengan ucapan sumpah dengan nama Allah, dan kesanggupan menerima laknat Tuhan sekiranya berdusta. Oleh itu, tidak timbul persoalan bagaimana ucapan untuk mubahalah orang musyrik, kerana mereka juga percaya kepada Allah Tuhan semesta alam.
(ii) Sesetengah ulama meletakkan syarat bahawa tidak boleh melakukan mubahalah kecuali dalam permasalahan besar berkaitan dari sudut syarak, yang berlaku kekeliruan dan tidak mampu diselesaikan kecuali dengan mubahalah. Dan disyaratkan ia mesti didahului dengan mengemukakan hujah dan usaha untuk menghapuskan kekeliruan sedaya mungkin dengan pelbagai cara seperti nasihat, amaran dan seumpamanya, tetapi tidak berhasil. Barulah boleh dilakukan mubahalah.
(iii) Apabila seseorang sanggup bermubahalah dengan menyebut nama Allah, bermakna dia sanggup menerima laknat dan kemurkaan Allah sekiranya dia di pihak yang batil. Urusan selepas upacara mubahalah, sekiranya dia bertaubat, adalah urusan Allah Taala. Dia Yang Maha Menghukum dan Maha Mengampun.
Di dalam kes lian Hilal Bin Umayyah dengan isterinya yang berlaku pada zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, ketika si isteri hendak melafazkan kalimah lian terakhir, orang ramai memberi amaran dengan ucapan, "Ia adalah mewajibkan" yakni: mewajibkan masuk ke neraka jika dia berdusta.
Rujuk: Sahih Bukhari (no: 4470).
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com