:salam
Saya ada terbaca satu artikel bertajuk MAKNA KATA TAYYIBAH DAN PERANG TERHADAP BID'AH
penulis artikel tersebut menyenaraikan satu senarai yang panjang mengenai perkara2 bid'ah.
Ada beberapa perkara yang saya kurang setuju dengan penulis berkenaan berkenaan bid'ah
soalannya adakah perkara2 ini bid'ah seperti
1) tambahan wa'fuanni dalam duduk antara dua sujud
2) solat sunat tarawih 20 rakaat terus menerus
3) zakat menggunakan wang
4) terus menerus membaca qunut subuh
5) azan dua kali semasa solat jumaat
6) meletakkan tangan di tempat lain selain dada semasa qiam solat
7) solat sunat hari raya di masjid
8) solat sunat istikharah
9) sujud syukur berjemaah
10) ma'mum membaca sl-fatihah dalam solat jahar
penjelasan daripada panel al-ahkam amatlah dihargai
sekian
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Mungkin terdapat kekeliruan oleh sesetengah tentang maksud bidaah. Maka perlunya penjelasan dan kefahaman yang betul apakah bidaah, dan apakah syarat-syarat dilabelkan satu amalan sebagai bidaah.
Daripada senarai yang saudara sebutkan di atas, penulis tersebut mungkin terkeliru antara bidaah dan masalah khilafiyyah. Kerana kebanyakan yang disebut di atas adalah masalah-masalah khilaf dalam feqah yang berlaku sejak zaman salaf lagi.
Antara buku Bahasa Malaysia yang dicadangkan dibaca bagi merungkai perbezaan antara bidaah dan masalah khilafiyyah, ialah: Khilafiah, Bidaah dan Maslahat Umum, karya Dr Basri Ibrahim.
Wallahu A'lam
http://abuumair1.wordpress.com