SJ-14-0022 : Muhammad Ibnu Ishaq : adil atau palsu?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0022 : Muhammad Ibnu Ishaq : adil atau palsu?

1. Dalam darul kautsar disebutkan peranan ibnu ishaq dalam menyebarkan riwayat syiah, dan bagaimana beliau juga adalah syiah.

Dalam satu kuliah audio dr Asri ZA, beliau ada menyebut tentang 'kalamul akran', kata2 orang yang bersaing antara ibnu ishaq dan imam Malik- jangan diriwayat tetapi dilipat.

2. Dalam kuliah maulana asri yusof ada menceritakan yang abu sufyan sudah muslim sebelum hijrah. Tetapi dalam bukhari, dan dalam kuliar Dr MAZA sendiri menyentuh ringkas, yang abu sufyan masih belum muslim semasa perjanjian hudaibiyah (hadis hirakle).

Bagaimanakah perbezaan ini? Minta ilmuwan ahkam beri penjelasan.

JKKK in advance.

SJ-14-0022 : Muhammad Ibnu Ishaq : adil atau palsu?

al-Jawab:

Sebenarnya Ibn Ishaaq (w.150H) tersepit antara penilaian madrasah ahli hadith dan madrasah ahli sejarah.
Ilmu sejarah dan ilmu hadith mempunyai disiplin ilmu yang berlainan dan yang pasti ilmu hadith lebih ketat pensyaratannya berbanding ilmu sejarah kerana hadith digunakan dalam pembinaan hukum-hakam.

Dari ilmu jarah wa ta'dil, Ibn Ishaaq memang tokoh sejarah yang kontroversi kerana mendapat kritikan parah dari Dua Imam Madinah yang besar: Imam Malik dan Hisham Bin Urwah bin alZubair (cucu Abu Bakar atau anak saudara kepada Aisyah, Ummul Mukminin).

Namun Ibn Ishaq merupakan perawi semua Imam Hadith yang enam, terutamanya Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadith darinya. Keenam-enam penyusun kitab Sunan Sittah meriwayatkan hadith dari Ibn Ishaq.

Bagaimana menghadapi kontroversi yang ditimbulkan oleh Imam Malik, Hisham bin Urwah dan laman web al-Kautsar yang menolak total akan ketsiqahan (kewibawaan) Ibn Ishaq?

Prof al-Imam Dr al-Qardhawi dalam kitabnya Tarikhuna alMuftara alaih (kecelaruan sejarah kita) berpendapat Ibn Ishaq adalah termasuk dalam golongan akhbariyun atau reporter akhbar yang melapurkan apa saja yang ditemuinya tanpa penelitian terlebih dahulu.

Sebab itu Dr Qardhawi mahukan sejarah Islam terutamanya Seerah Nabawiyah disusun semula dengan memasukkan pendekatan tahqiq dan takhrij sumbernya untuk menapis cerita-cerita yang dibawa oleh Ibn Ishaq terutamanya.

Pendirian kami:

1. Ibn Ishaq memang tokoh yang kontroversi menurut ilmu Jarh wa ta'dil, namun seluruh ahli ilmu bersepakat akan ketokohan Ibn Ishaq dalam sejarah terutamanya sejarah Perang (maghazi) dan Imam Ibn Hajar Asqolani menggelarkan beliau sebagai Imam alMaghazi.

2. Walaupun seteruk mana penilaian orang ke atas kewibawaan Ibn Ishaq, beliau adalah perawi Penyusun Kutub Sittah antaranya Bukhari-Muslim yang meriwayatkan hadith dari Ibn Ishaq. Ini menunjukkan Ibn Ishaq ada makna dalam ilmu hadith. (alBukhari meriwayatkan dari Ibn Ibn Ishaq secara ta'aliq (sanadnya hilang, maka ia jatuh dha'if)

3. Kecelaruan yang ditimbulkan oleh Ibn Ishaq dalam pengumpulan sejarah bukanlah suatu yang perlu dilihat dengan negatif, malah kita berhutang budi dengan usaha-usaha awal beliau mengumpul bahan bukti sejarah kerana itulah asas yang baik utk kita memulakan projek mega memurnikan sejarah kita sendiri.

Inilah pendirian yang adil kepada Ibn Ishaq.