SJ-14-0183 : Makna ayat kedua al-fatihah?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0183 : Makna ayat kedua al-fatihah?

salam kpd tuan-tuan,

saya ingin bertanya,apakah maksud sbnr ayat kedua al-fatihah?
sebab jika lihat terjemahan,ia bermaksud "segala puji hanya kpd allah ,tuhan seru sekalian alam".

adakah ia bermakna,pujian hanya kpd allah shj? maaf sbb sy bertanya ini krn bagaimana saya mahu memuji isteri saya dan anak saya? sbb ayat fatihah tu jelas pujian hanya utk allah shj.

jika boleh macam mana saya mahu memuji pekerja sy,isteri sy dan anak sy jika mereka rajin atau menawan hati sy.

tuan-tuan tolonglah saya,sejak saya baca tafsir tu,hati sy gundah gulana krn sy sering memuji org jika mereka mengembirakan hati saya.jika boleh memuji selain allah,bagaimana caranya?boleh tuan2\ust tunjukkan contoh.

SJ-14-0183 : Makna ayat kedua al-fatihah?

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Ins Sya Allah.

Didalam ayat kedua surah al-Fatihah menjelaskan hak mutlak Allah swt sebagai Tuhan yang wajib diPuji. Pujian kepada Allah swt didalam konteks ini mengambarkan kedudukan Makhluk dan Khaliq; Ciptaan Tuhan dan PenciptaNya.

Pujian Hamba Allah kepada TuhanNya mengambarkan KeEsaan dan KeBesarannya didalam konteks Penghambaan dan Peribadatan, tanpa ada sebarang pensyaratan!

Pujian didalam surah al-Fatihah ini menurut Dr Wahbah al-Zuhaily adalah memperlihatkan keseluruhan struktur surah al-Fatihah; Segala Pujian bagi Allah yang menjadikan Alam ini, Yang memiliki Rahmat Keseluruhan yang Berkekalan, Raja kepada Hari Kiamat, yang akan mengadili Makhluk dengan seadilnya, dan seterusnya sehingga akhir surah.

Begitu juga Pujian bagi Allah (membaca surah al-Fatihah) ini mendahului ibadat SOLAT dan juga menjadi adab BERDO’A. (Tafsir al-Munir, 1/660).

Sudah tentu, pujian Hamba kepada Hamba yang lain bukanlah bersifat pengabdian dan peribadatan. Ia hanyalah semata-mata menjelaskan kepada orang ramai akan kebaikkan seseorang, dan juga sebagai galakkan bagi seseorang itu agar dia meneruskan kebajikannya. Pujian ini juga bersifat menyatakan terima kasih diatas kebaikkan yang diberi.

Namum demikian, pujian kepada manusia itu mempunyai beberapa syarat. Adakalanya pujian itu dibenarkan, dan adakalanya pujian tersebut tidak dibenarkan.

Syiekh Ibn Utsaimin rh ketika mensyarahkan Kitab Riyadhus Solihin karangan Imam Nawawi rh, menjelaskan beberapa situasi pujian kepada Manusia ini. Diantaranya :-

a. Pujian yang kandungannya mengandungi Akhlak dan perbuatan yang terpuji. Memuji seseorang yang mempunyai akhlak yang mulia, melakukan kebajikan, agar dengan pujian tersebut dia akan meneruskan melakuikan kebajikan. Pujian ini dibenarkan. Contohnya seperti yang anda nyatakan diatas, memuji isteri, anak-anak dan pekerja sebagai GALAKAN dan PENGHARGAAN.

b. Pujian menjelaskan kedudukan seseorang itu kepada masyarakat. Contohnya pada suatu hari Nabi :saw bertanyakan kepada para sahabat, "Siapakah di antara kalian yang pada hari ini berpuasa?" Abu Bakar berkata, "saya!" Baginda bertanya lagi, "Siapakah di antara kamu pada hari ini telah mengiringi jenazah?" Abu Bakar ra. berkata, "Saya!" Baginda bertanya, "Siapakah di antara kamu pada hari ini telah menziarah orang sakit?" Sekali lagi Abu Bakar ra. menjawab, "Saya!". Maka Nabi :saw berkata , "Tidaklah perkara-perkara tadi terkumpul pada seseorang melainkan ia akan masuk syurga".

Begitu juga Nabi :saw memuji Umar ra., “Sesungguhnya tidaklah kamu melalui satu jalan melainkan Syaitan akan melalui jalan yang lain”. Pujian-pujian ini untuk memperlihatkan kepada sahabat akan kedudukan Abu Bakar ra, dan Umar ra. Puji-pujian seperti ini dibenarkan.

c. Memuji seseorang itu secara berlebihan, lebih Sudu dari Kuah, sehingga mensifatkan seseorang itu kepada perkara yang dia tidak lakukan. Ini juga merupakan suatu pendustaan. Contohnya memuji ketua-ketua atau pemimpin-peminpin tertentu yang tidak mempunyai sifat tersebut. Pujian jenis ini adalah dilarang, kerana membahayakan orang yang dipuji.

d. Pujian diberikan kepada seseirang yang sesuai dengan keadaannya, akan tetapi pujian tersebut di khawatirkan akan memakan diri orang yang menerima pujian tersebut. Orang yang dipuji itu akan merasakan dirinya hebat, tinggi dan mmpunyai kedudukan. Pujian jenis ini juga diharamkan. Nabi :saw pernah bersabda kepada seseorang yang melakukan pujian kepada seorang hamba Allah, "Celakalah kamu, engkau telah memotong leher saudaramu!". Ia menjelaskan bahawa pujian tersebut akan menyebabkan sahabatnya binasa akibat pujian.

Suatu ketika seseorang telah memuji Uthman ra, lalu Miqdad menabur debu kemukanya. Uthman ra. Bertanya kepada beliau mengapa beliau melakukan demikan. Miqdad menjawab, sesungguhnya Nabi :saw bersabda :”Apabuila kamu melihat orang yang suka memuji, maka taburlah debu ke muka mereka”.

Al-Madih adalah orang yang memuji sekali-sekali sahaja. Manakala al-Maddah, sebagaimana hadith Miqdad, adalah seseorang apabuila duduk disebelah pemimpin atau orang alim atau sedarjat dengannya, melainkan dia akan memujinya (bodek). Orang seperti ini yang layak ditaburkan debu keatas mukanya. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين