SJ-15-0031 : (Syiah) Hadis Nabi Lantik Ali Sebagai Khalifah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0031 : (Syiah) Hadis Nabi Lantik Ali Sebagai Khalifah

:salam

selamat sejahtera diucapkan kepada panel al ahkam dan peminatnya.di sini saya ada satu soalan kepada anda.
1.apakah hadis yang dipegang golongan Syiah yang meminta Saidina Ali menggantikan baginda(dilantik sebagai khalifah) selepas baginda wafat?Sahihkah hadis itu?

sekian,terima kasih.

SJ-15-0031 : (Syiah) Hadis Nabi Lantik Ali Sebagai Khalifah

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Antara pegangan asas Syiah Rafidhah ialah dakwaan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menaskan bahawa pengganti (khalifah) selepas kewafatan baginda ialah Ali r.a.

- Malahan, dalam sumber Syiah Rafidhah menyebut, "Dan Imamiyyah telah bersepakat bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalihi telah istikhlaf (melantik pengganti) kepada Amirul Mukminin (Ali) a.s. ketika hayat baginda. Dan baginda menaskan Ali sebagai Imam selepas wafat baginda. Dan sesiapa yang menolak pegangan ini maka bererti dia menolak satu kefardhuan dalam agama".
(Al-Intishar oleh Syeikh Ruhaili m/s 201, menukilkan dari Bashair al-Darajaat m/s 99).

- Syiah Rafidhah terlalu melampau dalam menegakkan benang yang basah ini. Sehingga mereka mencipta banyak hadis-hadis palsu kononnya menaskan bahawa Ali sebagai khalifah selepas Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

- Antaranya, hadis bahawa baginda dimikrajkan ke langit sebanyak 120 kali, dan setiap kali dimikrajkan ke langit Tuhan berpesan tentang wilayah Ali dan imam-imam syiah lain. Tidak ada sebarang keraguan hadis seperti ini adalah bohong terhadap syarak.

- Banyak lagi hadis-hadis rekaan mereka tentang perkara ini, yang tidak pernah direkodkan oleh ulama hadis kecuali dalam sumber-sumber syiah rafidhah.

Wallahu A'lam.