SJ- 1744 : MENYEMBAH KAABAHKAH KITA ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Anonymous (not verified)
SJ- 1744 : MENYEMBAH KAABAHKAH KITA ?

Assalamu'alaikum Ustaz-Ustaz semua.

Sebelum ini saya ada ajukan persoalan mengenai mengapakah qiblat di sebelah barat . Jadi terlintas pula untuk mengajukan soalan yang ada kaitannya dengan perkara itu , iaitu ;

Ada non-muslim yang mengatakan bahawa kita muslimin ini juga menyembah batu, alasan mereka ialah kita sembahyang dengan mengadap ke kaabah. Apabila kita menafikannya mereka tetap mengatakan sedemikian dan mereka juga mendakwa bahawa mereka juga tidak menyembah patung-patung itu tetapi sekadar mengadapnya sahaja ( seperti kita juga sembahyang dengan mengadap kaabah ).

Bagaimana kita hendak hadapi soalan yang boleh menggugurkan iman seperti ini ustaz ?.

Segala kerjasama para ustaz sekalian saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.