SJ-1776: Wudhu', Mandi wajib, Sujud Sajdah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1776: Wudhu', Mandi wajib, Sujud Sajdah

Assalamualaikum.

1) Adakah sah wudhu' seseorang itu sekiranya dia mengambil wudhu' selepas memakai minyak rambut yg berasaskan minyak spt Brilecream / minyak zaitun / minyak kelapa dsb? bagaimana pula jika dia memakai minyak atar di lengan yg merupakan sebahagian dari anggota wudhu'? Setahu saya minyak itu menghalang air daripada mengenai kulit tetapi ada juga riwayat yg mengatakan bahawa Nabi Muhammad menyuruh sahabat memakai minyak pada rambut supaya tampak kemas. Sila beri penjelasan beserta pandangan mazhab dlm hal ini.

2) Adakah wajib untuk kita memasukkan air ke dalam lubang hidung dan telinga semasa mandi junub? Kalau wajib, sekadar mana?

3) Bagaimanakah kaifiat yg sempurna untuk kita melakukan sujud sajdah ketika di luar solat? Perlukah kita berdiri betul dan takbir / duduk dan takbir / sekali sujud atau dua kali (dgn duduk antara dua sujud) / perlukah memberi salam selepas sujud?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1776: Wudhu', Mandi wajib, Sujud Sajdah


Jwb:
1. Penggunaan minyak rambut dan perfume adalah suatu yg lumrah dalam kehidupan manusia sejak dulu kala lagi.
a) Merapikan rambut: HR Abu Daud dari Abu Hurairah ra," sesiapa yg memiliki rambut, hendaklah dirapikan." Menurut tahqeeqan Albani (Tamaamul Minnah), merapikan rambut itu sunnah, caranya diserahkan kepada umat samada hendak menyisirnya dan meminyakinya. Minyak rambut ini tidaklah dibahaskan dengan serius dalam kitab2 fiqh kecuali seseorang menggunakan sesuatu bahan yg jarang digunakan oleh orang lain dan ia ketara menyalut rambut seperti lilin atau minyak grease. Adapun bahan-bahan semula jadi spt minyak kelapa, atau minyak zaitun tidaklah ada perbahasan yg mencegahnya kerana propertiesnya (sifatnya) tidak spt lilin (wax) atau grease. (Dr Zaydan, alMufassal) Adapun penggunaan minyak rambut moden spt Brylcreem, Follow-me dll, anda hendaklah membaca ingredientsnya, pilihlah jenis Gel (kebanyakan krim rambut hari ini adalah dari jenis gel) yg tidak menyalut rambut dan menjadikan ia water-repellent.
1 b) Penggunaan perfume merupakan sunnah Nabi dan sunnah fitrah. (Fiqh Sunnah) Juga kita tidak dapati ada larangan dan amaran Nabi saw mengenai kesan perfume ke atas terhalangnya air wudhu'. Kecuali perfume yg memiliki properties (sifat) spt wax (lilin) atau grease.
Rumusan: minyak rambut dan perfume yg normal digunakan oleh manusia dalam kehidupan harian tidak menghalang wudhu' dan mandi kecuali ada jenis minyak dan rambut yg tertentu yg ada sifat spt lilin atau grease, maka hendaklah dijauhi.

2. Rukun mandi ialah meratakan air dan ini termasuklah rongga-rongga badan yg terbuka spt lubang hidung, dan telinga (tapi bukan dalam saluran telinga).(alMughny, 1/221)
Lagipun antara sunat Mandi ialah kita berwudhu' (maka dgn sendirinya) lubang hidung dan rongga telinga akan kita ratakan air.
3. Tatacara sujud tilawah jika berada di luar solat. Kita terus saja memilih pendapat ahli tahqeeq (penilai) spt Imam Syaukani, Nailool Awthor. Sekali saja takbir kemudian terus sujud. Bangkit dari sujud (tanpa takbir) dan tamat tanpa salam.
Imam Ibn Qudamah:
Berdiri, sekali takbir terus sujud, membaca bacaan lazim semasa sujud, angkat kepala dari sujud dengan takbir dan beri salam spt biasa. (Mughny 1/62), Versi Syafi'iy lebih detail kerana ia masalah khilafiah. Allahu a'alam