SJ-1796: AMALAN BID'AH KAH?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1796: AMALAN BID'AH KAH?

Assalamualaikum wrt wbh:

1. Adakah pihak Al Ahkam berpendapat bahawa upacara merenjis air mawar selepas solat jenazah bid'ah contohnya berlaku di beberapa tempat di Pulau Pinang.
2. Kemudian imam akan berkata, apakah yang akan kita katakan ke atas mayat ini? Para jemaah akan menjawab, "baik".
3. Satu lagi persoalan ustaz, di kampung saya, setiap kali selesai solat hari raya Aidilfitri atau Aidil Adha, boleh dikatakan separuh jemaah akan beramai-ramai menuju ke kawasan perkuburan Islam. Kemudian mereka akan menghamparkan tikar mengkuang di atas kawasan kubur dan bacaan tahlil akan dijalankan. Di sebabkan yang datang ke majlis tahlil tu ramai, maka suasana begitu kecoh sekali, dengan anak-anak yang berkeliaran di atas kubur, ada yang meratap, membersih kubur, membaca Quran dan sebagai. Untuk pengetahuan ustaz amalan sudah diamalkan berpuluh tahun lamanya dan hampir menjadi adat yang disangkakan sebahagian daripada agama.
Persoalannya;
1. Apakah hukum amalan tahlil selepas solat hari raya.
2. Apakah hukum duduk di kawasan perkuburan beramai-ramai. Sebab setakat yang saya tahu, jika mayat tu belum reput lagi maka hukumnya HARAM dan jika sudah hancur maka hukumnya MAKRUH.
Ustaz, saya pernah menyoalkan masalah ini kepada beberapa orang ustaz dan jawapan mereka adalah HARAM. Tambah mereka hari ini untuk bersuka ria, kenapa ia dipilih untuk dijadikan hari untuk berduka. Sepatutnya amalan ziarah dan bermaaf-maafan didahulukan.
Minta penjelasan terperinci, moga-moga dengan penerangan dari pihak tuan berguna untuk saya dan pembaca.
WASSALAM

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1796: AMALAN BID'AH KAH?


Jawab:
1. Upacara merenjis air mawar selepas solat jenazah bid'ah? Benar, Tidaklah kita ketemukan dlm mana-mana kitab fiqh perihal amalan ini. Tiada asalnya. Setakat yg kita tahu upacara merenjis air mawar dilakukan pada upacara bersanding (perkahwinan Melayu) tanda restu kepada mempelai, maka hendaklah kita bertanya, untuk apa renjisan air mawar itu?
2. Perihal Imam berkata kpd para jama'ah supaya memuji mayat. Ini juga bid'ah menurut Syaikh Ali Mahfudz, alIbda', ms 108; Syaykh asySyaqiri, as Sunan, 66. Dasar paksaan ini tidak ada dalam agama.
3. Amalan ziarah kubur pada hari lebaran. Ini adalah bid'ah juga: AsySyaqiri, Sunan, 104; Ibn al Haj, alMadkhal 1/286; Ali Mahfudz, alIbda', 135
3.1 Hukum tahlil beramai-ramai di atas kubur itu adalah bid'ah
Tegahan ini kerana Nabi saw melarang dijadikan kubur sebagai mesjid (tempat ibadah) dan tempat pesta
3.2 Hukum duduk-duduk di atas kuburan:
Makruh menurut jumhur, termasuk Syafi'iyah (alUmm, 1/246) dan harus menurut Imam Malik. Imam Ibn Hajar (Fathul Bari 3/174) menyokong pendapat jumhur kerana dalil-dalil yg kuat yg berunsur ancaman, misalnya HR Bukhari-Muslim dari Abi Huraira ra perihal Nabi melarang perbuatan duduk di atas kubur. Imam Malik mentafsirkan duduk di atas kuburan itu sbg buang air. Wallahu a'alam