SJ - 1805 : TERBABIT DENGAN ARAK DI DALAM PERKERJAAN

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1805 : TERBABIT DENGAN ARAK DI DALAM PERKERJAAN

Assalamualaikum wbt....

Saya mempunyai beberapa persoalan seperti berikut, diharap saudara/i sudi membantu saya:

Situasi 1:

Saya (muslim) bekerja sebagai "bar tender" yg jual minuman keras kepada
Org muslim/non-muslim.

1) Adakah saya dikira bersubahat dlm urusan jual-beli benda haram tu?
2) Adakah gaji saya diklasifikasikan sebagai was2/halal/haram?
3) (Jika was2/haram) Boleh ker duit yg was2/haram itu saya gunakan utk membeli makanan?

Situasi 2:

Saya (muslim) bekerja di salah sebuah supermarket dibahagian "liquidator" sebagai cashier yg juga menjual minuman2 keras (haram) kepada org muslim/non-muslim.

1) Adakah saya dikira bersubahat dlm urusan jual-beli benda haram tu?
2) Adakah gaji saya diklasifikasikan sebagai was2/halal/haram?
3) (Jika was2/haram) Boleh ker duit yg was2/haram itu saya gunakan utk membeli makanan?

Situasi 3:

Saya (muslim) bekerja sebagai cashier di salah sebuah supermarket bahagian market (yg jual makanan/minuman/sayuran dll) yg mana kadang kala ada customer yg beli barang2 seperti minuman keras (memang ada kaunter utk non-halal tetapi minuman keras tidak dikategorikan sebagai non-halal disesetengah supermarket) dan bayar dikaunter pembayaran kite.

1) Adakah saya dikira bersubahat dlm urusan jual-beli benda haram tu?
2) Adakah gaji saya diklasifikasikan sebagai was2/halal/haram?
3) (Jika was2/haram) Boleh ker duit yg was2/haram itu saya gunakan utk membeli makanan?

Situasi 4 :

1) Adakah org yg bekerja itu diklasifikasikan sebagai "darurat/terpaksa/dipaksa" disbbkan sekarang kesukaran utk mencari pekerjaan. Atau dlm erti kata yg lebih mudah APAKAH ERTI "DARURAT" DR SEGI PEKERJAAN MENURUT PANDANGAN ISLAM? DAN BILAKAH "DARURAT" DR SEGI PEKERJAAN BOLEH DIAMBIL KIRA?

2) Jika org yg bekerja itu bekerja sekadar menantikan peluang pekerjaan yg lebih baik adakah dia juga diklasifikasikan sebagai "darurat/terpaksa/dipaksa". Cth Si A ada diploma/degree tetapi kesukaran mencari pekerjaan menyebabkan Si A bekerja di Supermarket B sebagai cashier seperti di Situasi 2 & 3.

Sekian Terima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 1805 : TERBABIT DENGAN ARAK DI DALAM PERKERJAAN

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

Sebelum kami memberikan jawapan-jawapannya, diharap saudara/I dapat meneliti beberapa perkara di bawah ini, agar jawapan-jawapan yang diberikan itu dapat difahami dengan lebih jelas dan cermat.

(1) – PERTAMA : FIRMAN ALLAH TA’ALA MENGENAI ARAK :

Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Maidah : Ayat 90 & 91 , Juz ke – 7 :

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇú ÅöäøóãóÇ ÇáúÎóãúÑõ æóÇáúãóíúÓöÑõ æóÇáÃóäÕóÇÈõ æóÇáÃóÒúáÇóãõ ÑöÌúÓñ ãøöäú Úóãóáö ÇáÔøóíúØóÇäö ÝóÇÌúÊóäöÈõæåõ áóÚóáøóßõãú ÊõÝúáöÍõæäó

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah , adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ~ Ayat 90

ÅöäøóãóÇ íõÑöíÏõ ÇáÔøóíúØóÇäõ Ãóä íõæÞöÚó Èóíúäóßõãõ ÇáúÚóÏóÇæóÉó æóÇáúÈóÛúÖóÇÁ Ýöí ÇáúÎóãúÑö æóÇáúãóíúÓöÑö æóíóÕõÏøóßõãú Úóä ÐößúÑö Çááøåö æóÚóäö ÇáÕøóáÇóÉö Ýóåóáú ÃóäÊõã ãøõäÊóåõæäó

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). ~ Ayat 91

( 2 ) – PERINGATAN DARIPADA BAGINDA RASULULLAH S.A.W MENGENAI ARAK :

2a ~

Úóäú ÇÈúäó ÚõãóÑó íóÞõæáõ ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó áóÚóäó Çááøóåõ ÇáúÎóãúÑó æóÔóÇÑöÈóåóÇ æóÓóÇÞöíóåóÇ æóÈóÇÆöÚóåóÇ æóãõÈúÊóÇÚóåóÇ æóÚóÇÕöÑóåóÇ æóãõÚúÊóÕöÑóåóÇ æóÍóÇãöáóåóÇ æóÇáúãóÍúãõæáóÉó Åöáóíúåö

Ertinya : “ Daripada Ibnu Umar dia berkata : Rasulullah s.a.w pernah bersabda : Allah telah melaknati arak, peminumnya, yang menuangkanya, yang menjualnya, yang membelinya, yang memerasnya, yang minta diperaskan untuknya, yang membawanya dan yang meminta agar arak dihantar kepadanya “ ~ ( Hadis Sahih riwayat Imam Ahmad & Imam Abu Dawud ) .

2b ~

Úóäú ÃóäóÓö Èúäö ãóÇáößò ÞóÇáó áóÚóäó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Ýöí ÇáúÎóãúÑö ÚóÔúÑóÉð ÚóÇÕöÑóåóÇ æóãõÚúÊóÕöÑóåóÇ æóÔóÇÑöÈóåóÇ æóÍóÇãöáóåóÇ æóÇáúãóÍúãõæáóÉõ Åöáóíúåö æóÓóÇÞöíóåóÇ æóÈóÇÆöÚóåóÇ æóÂßöáó ËóãóäöåóÇ æóÇáúãõÔúÊóÑöí áóåóÇ æóÇáúãõÔúÊóÑóÇÉõ áóåõ ó

Ertinya : “ Daripada Anas Bin Malik, dia berkata : Rasulullah s.a.w telah melaknat yang berkaitan dengan arak 10 golongan : (1)- Yang memerasnya , (2)- Yang meminta diperaskan, (3)- yang meminumnya, (4)- yang membawanya, (5)- yang minta dihantar arak kepadanya, (6)- yang menuangkannya, (7)- yang menjualnya, (8)- yang makan harganya, (9)- yang membelinya dan (10)- yang minta dibelikannya “.~ ( Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam At-Turmudzie) “.

( 3 ) – PERINGATAN DARIPADA BAGINDA RASULULLAH S.A.W :

ÍóÏöíËõ ÇáäøõÚúãóÇäö Èúäö ÈóÔöíÑò ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ ÞóÇáó : ÓóãöÚúÊõ ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóÞõæáõ æóÃóåúæóì ÇáäøõÚúãóÇäõ ÈöÅöÕúÈóÚóíúåö Åöáóì ÃõÐõäóíúåö Åöäøó ÇáúÍóáóÇáó Èóíøöäñ æóÅöäøó ÇáúÍóÑóÇãó Èóíøöäñ æóÈóíúäóåõãóÇ ãõÔúÊóÈöåóÇÊñ áóÇ íóÚúáóãõåõäøó ßóËöíÑñ ãöäó ÇáäøóÇÓö Ýóãóäö ÇÊøóÞóì ÇáÔøõÈõåóÇÊö ÇÓúÊóÈúÑóÃó áöÏöíäöåö æóÚöÑúÖöåö æóãóäú æóÞóÚó Ýöí ÇáÔøõÈõåóÇÊö æóÞóÚó Ýöí ÇáúÍóÑóÇãö ßóÇáÑøóÇÚöí íóÑúÚóì Íóæúáó ÇáúÍöãóì íõæÔößõ Ãóäú íóÑúÊóÚó Ýöíåö ÃóáóÇ æóÅöäøó áößõáøö ãóáößò Íöãðì ÃóáóÇ æóÅöäøó Íöãóì Çááøóåö ãóÍóÇÑöãõåõ ÃóáóÇ æóÅöäøó Ýöí ÇáúÌóÓóÏö ãõÖúÛóÉð ÅöÐóÇ ÕóáóÍóÊú ÕóáóÍó ÇáúÌóÓóÏõ ßõáøõåõ æóÅöÐóÇ ÝóÓóÏóÊú ÝóÓóÏó ÇáúÌóÓóÏõ ßõáøõåõ ÃóáóÇ æóåöíó ÇáúÞóáúÈõ

Ertinya : “ Diriwayatkan daripada Nukman bin Basyir r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkanNya. Ingatlah! Sesungguhnya didalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati “ ~ ( Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari rh & Imam Muslim rh ).

Penjelasan Hadis ini :

Syubhat : Ia adalah perkara yang tidak diketahui dengan jelas ataupun yang menjadi syak-wasangka manusia , adakah ianya adalah halal ataupun haram. Hukum perkara-perkara syubhat ini ialah : Ianya lebih cenderung ataupun lebih dekat kepada hukum haram.

Taqwa : Ertinya Menjaga diri daripada terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah Ta’ala. Dan di antara ciri-ciri taqwa sebagaimana dijelaskan di dalam hadis di atas dan hadis-hadis lain ialah dengan meninggalkan setiap perkara yang syubhat. Dan ia juga diertikan sebagai ‘ warak “.

( 4 ) - AMARAN DARIPADA RASULULLAH S.A.W MENGENAI SUMBER MAKANAN & MINUMAN :

Úóäú ÌóÇÈöÑö Èúäö ÚóÈúÏö Çááøóåö ÞóÇáó ÍóÏøóËóäóÇ Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó :
ãóäú äóÈóÊó áóÍúãõåõ ãöäú ÓõÍúÊò ÇáäøóÇÑõ Ãóæúáóì Èöåö ..... …..

Ertinya : Daripada Jabir Bin Abdullah , dia berkata : Rasulullah s.a.w telah memberitahu kepada kami : “ ….Barangsiapa dagingnya berasal daripada jalan / sumber yang haram, maka nerakalah yang lebih layak untuknya “ ( Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad rh – 14, 746 dan Imam Al-Hakim rh ).

# Hadis ini sama serupa dengan sebuah riwayat yang masyhur di kalangan umat Islam, iaitu :

ßá áÍã äóÈóÊó ãöäú ÍÑÇã ò ÝÇáäøóÇÑõ Ãóæúáóì Èöåö

Ertinya : “ Setiap daging ( iaitu tubuh manusia ) yang tumbuh – berasal – daripada yang haram, maka nerakalah yang lebih layak untuknya. “.

( 5 ) – PENGERTIAN “ DHARURAT “ & “ HAJAT “ MENURUT ISTILAH FIQH :

Segala istilah-istilah berkenaan dengan darurat, terpaksa ataupun dipaksa hendaklah difahami menurut asal istilah tersebut. Oleh kerana asal-usul istilah itu di dalam Bahasa Arab ( kerana Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi sumber perundangan tertinggi umat Islam itu sendiri diwahyukan di dalam B. Arab ) , maka, tidak dapat tidak, kita merujuk kepada asal-usulnya itu . DI harap kita tidak memahami pengertian “ Dharurat “ dan “ Hajat “ ini menurut pemahaman bahasa Melayu kita :

PERKARA “ DHARURAT “ :

( Ia adalah sesuatu yang mesti ada demi memastikan kemaslahatan ~ keamanan dan keselamatan ~ pada agama dan pada kehidupan di dunia ini. Yang mana, andainya tidak ada perkara tersebut, maka segala urusan hidup ini tidak dapat berjalan dengan teratur, bahkan akan menjadi rosak, kelam-kabut dan kacau-bilau ).

Contohnya : Orang Islam di dalam situasi yang genting, tidak mendapati apa-apa makanan yang halal demi menampung kehidupannya, dibenarkan tatkala itu memakan makanan yang haram SEKADAR meneruskan penghidupannya.

Kesimpulannya : Dharurat ialah satu perkara yang mesti ada untuk menjalani kehidupan , manakala keadaan dharurat pula bererti di dalam keadaan yang sangat terpaksa.

PERKARA “ HAJAT “ :

( Satu perkara yang diperlukan oleh manusia – tetapi situasinya tidaklah segenting situasi dharurat – yang mana, andainya “ hajat “ ini tidak dipenuhi, ianya akan menyebabkan kesukaran dan kesusahan, walaupun tidak mengakibatkan kerosakan yang besar sebagaimana ketiadaaan perkara dharurat di atas ).

Contohnya : Bolehnya melakukan solat jamak dan qasar bagi musafir serta berbuka puasa , walaupun perjalanan itu tidaklah terlalu sukar dan payah.

Kesimpulannya : Hajat menurut pemahaman ahli-ahli Fiqh ialah keperluan yang perlu dipenuhi, walaupun ianya tidaklah sampai ke tahap mengakibatkan kerosakan, tetapi andainya ianya tidak dipenuhi, kesengsaraan dan kesusahan pastikan mendatang.

Disebabkan Islam diturunkan untuk memudahkan umatnya, bukannya untuk menyukarkan mereka, maka diwartakan (disyariatkan) peraturan-peraturan yang berkaitan dengan “ dharurat “ dan “ hajat “.

***********************

JAWAPAN BAGI SITUASI PERTAMA :

1 – Hukumnya : Itu bukan lagi bersubahat tapi Haram !, disebabkan itu adalah bentuk perniagaan yang diharamkan – Lihat Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-Hadis di atas.

2 – Gaj itu dikira sebagai wang yang haram kerana ianya berasal daripada perniagaan yang haram.

3 – Haram digunakannya untuk menampung diri sendiri ataupun menampung keluarga. Jika dia bertaubat, maka hendaklah dia mengambil kembali modal perniagaan itu untuk menampung hidupnya dan keluarganya, manakala keuntungannya pula hendaklah disalurkan kepada kebajikan.

***********************

JAWAPAN BAGI SITUASI KEDUA :

1 – HARAM hukumnya andainya dia percaya bahawa dia masih berpeluang berkerja di kaunter halal, ataupun di tempat yang bebas daripada arak itu ( dan perkara-perkara lain yang haram ). Tapi andainya diyakini, bahawa dia tidak mempunyai peluang berkerja di kaunter halal ataupun bertukar kerja di sektor yang halal, maka hukumya adalah HARUS , kerana kalau dia meninggalkan kaunter haram itu dan beralih ke kaunter halal secara pertukaran dengan cashier lain ( cashier kedua ) yang juga muslim , maka ini juga menyebabkan cashier kedua itu pula terjerumus ke dalam perkara haram !.

Walau bagaimana sekalipun, kita menasihati dia dan mereka yang terbabit dengan situasi seperti ini, agar mencuba mengadu kepada boss mereka ataupun supervisor untuk bertukar ke tempat / kaunter halal. Tapi andainya setelah dicuba sehingga dia sendiri yakin yang dia tidak berpeluang untuk beralih ke kaunter yang halal, maka perkerjaannya itu DIHARUSKAN , selagi peluangnya untuk beralih itu tidak ada. Andainya sudah ada peluang di kaunter yang halal ataupun di sektor perkerjaan yang lain yang halal, maka haram hukumnya dia terus berkerja sebagai cashier di kaunter minuman keras itu !.

2 – Gaji anda @ dia pada situasi” hajat “ ( terpaksa yang tidak sampai ke tahap dharurat ) itu adalah HALAL.

3 – Jika sudah diyakini ianya adalah HALAL kerana anda berada di dalam situasi seperti di atas, maka tiadalah masalah digunakannya untuk menampung kehidupan termasuklah membeli makanan-minuman.

Tapi jika anda memang sudah memastikan bahawa diri anda tidaklah di dalam situasi “ hajat “, apatah lagi “ dharurat “ , maka hendaklah anda menimbang-nimbang dengan menggunakan kaedah : “ APABILA BERTEMBUNGNYA DUA PERKARA YANG HARAM @ BAHAYA, MAKA HENDAKLAH DIPILIH PERKARA YANG LEBIH RINGAN HARAM @ BAHAYANYA ! “.Hidup memang memerlukan makan dan minum, tanpa kedua-duanya manusia pastinya mati. Membiarkan diri sedemikian adalah lebih besar dosanya , lebih berat haramnya dan lebih bahaya.

Membiarkan isteri & anak-anak di rumah kelaparan lantaran tidak mahu mereka disuap dengan rezeki kerja anda yang haram itu, adalah JAUH LEBIH BESAR HARAM DAN BAHAYANYA , kerana kemungkinan sahaja disebabkan kesengsaraan hidup seperti itu, isteri anda akan cuba melakukan kerja yang haram demi melepaskan diri daripada kesengsaraan itu, dan anak-anak anda pula akan mencuri, dan ini sudah pasti juga HARAM !. Kefakiran dan kesengsaraan juga boleh menjadi salah-satu punca kufur dan murtad ( na’uzubilLahi min dzalik ). Cukuplah melakukan satu perkara haram, jangan pula kita membuahkan dan melahirkan beberapa kerja yang haram pula !. Janganlah mengganda-gandakan dosa anda !.

SKOP TINJAUAN SAYA IALAH :

Orang yang berkerja di kaunter itu ( salah-satu bahagian daripada supermarket tersebut ), adakah dia memang berkerja ( mendapatkan gajinya ) hasil penglibatannya dengan arak ataupun semata-mata mendapatkan gajinya sebagai seorang cashier ?. Tentulah sebagai seorang cashier. Iaitu dia mendapatkan gajinya di atas hasil-keringatnya. Lantaran itu, tidak dapat kita hendak mengatakan secara “ semberono “ bahawa orang yang berkerja sebagai cashier di kaunter arak itu adalah terlaknat sebagaimana di dalam hadis di atas !. Apatah lagi, andainya dia sendiri tidak boleh memilih untuk berkerja di kaunter yang halal, yang selain daripada kaunter arak itu. Ataupun, kalau dia bertukar ke kaunter lain, kaunter arak itu tetap juga akan diduduki oleh seorang cashier baru yang juga beragama Islam. Ataupun dia sendiri sudah tidak dapat mencari perkerjaan lain selain daripada itu . Maka, semua perkara ini perlu diambil kira sebelum dapat kita menerima kata-kata bahawa dia adalah “ terlaknat “ !.

***********************

JAWAPAN BAGI SITUASI KETIGA :

1 & 2 – Cubalah anda nasihati pelanggan itu agar membayarnya di kaunter non-halal itu dengan cara yang hikmah dan berlemah-lembut ( kerana di zaman sekarang agak sukar untuk membanteras kemungkaran dengan cara yang keras lantaran kemungkaran sudah merebak luas ).

Andainya dia tidak mahu, ataupun tindakan anda menasihatinya itu boleh menyebabkan anda dibuang kerja – walhal anda berada di dalam situasi “ hajat “ , dan lebih-lebih lagi jika anda di dalam situasi “ dharurat “, maka gaji andalah HALAL kerana anda bukannya berkerja untuk arak @ meraih keuntungan daripada arak, tapi anda bersusah-payah berkerja dan mendapat gaji anda sebagai seorang cashier.

Anda pula tidaklah dianggap bersubahat dengannya di dalam perkerjaan haram itu.

3 – Jawapannya sama dengan jawapan ketiga bagi situasi kedua !.

***********************

JAWAPAN BAGI SITUASI KEEMPAT :

1 – Sila Lihat Perkara Ke-( 5 ) – PENGERTIAN “ DHARURAT “ & “ HAJAT “ MENURUT ISTILAH FIQH .

2 – Situasi seperti itu adalah “ HAJAT “ ( terpaksa yang masih belum sampai ke tahap dharurat ). Manakala situasi itu boleh bertukar menjadi “ DHARURAT “ andainya memang sudah tiada langsung apa-apa sektor dan lapangan kerja yang halal yang mahu mengambilnya sebagai perkerja !.

Walaupun begitu, kita tetap menasihati dia dan mereka yang terbabit dengan ruang perkerjaan seperti ini, agar terus berusaha untuk mencari perkerjaan yang lebih baik dan lebih jauh dan lebih selamat daripada terjerumus ke dalam ruang ataupun permasalahan seperti di atas.

Rasulullah s.a.w sendiri selalu berpesan sebagaimana di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad rh : “ Tinggalkan apa-apa yang meragu-ragukan dan ambillah apa-apa yang tidak meragu-ragukan “. ( Hadis ke-9 daripada Koleksi Hadis 40 oleh Imam An-Nawawi rh ).

Kami, sebagai sebagai salah-satu daripada komuniti muslimin menasihatkan agar saudara-saudari kami yang berkerja di lapangan kerja seperti itu agar dapat berusaha sebaik-baik mungkin untuk mencari perkerjaan yang lebih baik dan lebih selamat lagi lebih diberkati Allah Ta’ala. Bukankah bumi Allah Ta’ala ini amat luas ?, insya-Allah, sesiapa yang berusaha, ia pastikan dapat !.

***********************

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

SARANAN RUJUKAN & PEMBACAAN :
1 – FATAWA MU’ASIRAH ( 2 ) ms 409-418 & ( 3 ) ms 377-383 & 410-411 ~ Al-Qaradhawie
2 – AL-HALAL WAL HARAM FIL ISLAM ~ Syeikh Yusuf Al-Qaradhawie
3 – AHSANUL KALAM ( 4 ) ms 5-9 ~ Syeikh Atiah Saqr
4 – HADIS 40 ~ Imam An-Nawawi (rh).
5 – KATA-BERJAWAB (1-5) ms 486 ~ Almarhum Ustaz A. Qadir Hassan
6 – AL-QAMUS AL-QAWIM FISTILAHAT AL-USULIYIN ~ Darul Hadis, Cairo.
7 - ENCYCLOPEDIA AL-QURAN & AS-SUNNAH ~ Sakhr

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

28 / Jumadi Tsani / 1423 H
6 / September / 2002 M

Jumaat ~ Bandaraya Kaherah