SJ-1833: Sambungan-Non Obligatory Prayers

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1833: Sambungan-Non Obligatory Prayers

Assalamualaikum,

JKK atas huraian tuan, ingin saya tanya jika saya bersolat sunat dalam kereta atau kapal terbang caranya selain isyarat tunduk dsb bagaimana dengan takbiratul ihram dsb perlu ikut kafiatnya dengan tangan dll.

Keduanya dalam "Reliance for the Traveller dalam bab Kahwin ada diterangkan bahawa seorang ayah yang menyuruh anak bernikah ada beberapa syarat antaranya jika dicari pasangan kalau Arab dengan Arab kerana ada hadith yang antara lain menyatakan Arab lebih mulia bagi Arab. Pemahaman saya tanpa Ulum-Al Hadith dsb ini bermaksud bahawa diutamakan yang sebangsa bukannya Arab itu lebih mulia dari bangsa yang lain. JKK

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1833: Sambungan-Non Obligatory Prayers


Jawab:
JKK kerana terus menghubungi kami di atas kemusykilan agama yg dihadapi.
1. Takbir dengan mengangkat tangan semasa takbir ihram adalah Sunat menurut empat madzhab muktabar (kecuali Ibn Hazm yg berpendapat wajib). alMuhall, 2/235 [Maka jika anda menghadapi kesulitan yg syara'iy, boleh saja ditinggalkan]
2. Kafa'ah perkahwinan (sepadan/setaraf) dalam Islam bila dihimpun semua dalil ialah diutamakan nilai-nilai Islam spt iman dan taqwa dan akhlaknya mengatasi semua nilai kebudayaan yg lain termasuk etnik, bangsa, harta, rupaparas dsbnya. Maka jika ada hadis-hadis yg menyebut keutamaan etnik dan bangsa, semuanya akan tunduk kepada nilai kufu' yg utama: nilai2 Islam mengatasi semua nilai yg lain (Syaykh Hanooti, Islam Online, Apr 2000) WaLLahu A'alam