Assalamualaikum
Saya musykil dan ingin tahu kenapa kita jarang mendengar atau membaca dari kitab-kitab mengenai riwayat Sayidatina A'isyah ra yakni isteri Nabi Muhammad saw. Lagi satu, kenapa nama beliau tidak termasuk dalam golongan wanita yang dijanjikan syurga menurut riwayat?
Harap mendapat penjelasan. Sekian, wassalamualaikum wbt
Aisyah ra adalah yg paling banyak namanya di sebut selepas nama Abu Hurairah ra (dalam periwayatan Hadith), banyak ilmu2 fiqih yg penting2 berasal dari Aisyah, bahkan surah anNur (surah 24) diturunkan untuk membersihkan Aisyah dari peristiwa Ifk (Fitnah). Kitab2 mengenai Aisyah juga banyak sekali dlm pasaran.
Aisyah adalah ahli syurga.
Dalil: Bukhari # 1452: Dari Amr al As ra, baginda ditanya siapakah wanita yg paling dicintainya. Baginda bersabda: Aisyah."
Takkanlah orang yg paling dicintainya masuk neraka?!
Juga lihat huraian Ust Pendekar dalam SJ 1844
WaLlahu a'alam