SJ-1851: Surau vs Mesjid 2

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1851: Surau vs Mesjid 2

assalamualaikum,

merujuk jawapan untuk SJ - 1808 : PERBEZAAN DI ANTARA SURAU DENGAN MASJID ( LAGI )

http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7903&Forum=UBB8&Words=masjid&Match=Entire%20Phrase&Searchpage=0&Limit=25&Old=allposts&Main=7898&Search=true#Post7903

Jawab:
Mesjid merujuk kepada mesjid jami' yg ada Imam, bilal dan siak tetap yg dilantik dan diadakan/digazzetekan utk solat Juma'at oleh Majlis agama negeri-negeri. Inilah tempat orang solat tahiyatul mesjid dan i'tikaf. Malah ia ada ahli jawatankuasa mesjid yg mentadbirnya. Selain itu ia dinamakan surau, balaisyah, menaksah, bilik solat, ruang solat, tempat solat, musalla, dsbnya. Jadi kriteria mesjid dan non-mesjid ialah Imam tetap yg dilantik atau ada AJK yg mentadbir, atau digazzete oleh Majlis utk solat Juma'at. Mesjid yg dimaksudkan oleh hadis merujuk kepada mesjid jaami' tsb. Inilah yg asah dalam fiqh Syafi'iy.

persoalan saya adalah, di tempat kerja saya di IPTA ada 'masjid' (digazzetekan utk solat Juma'at oleh Majlis agama) yang tiada AJK tetapi ada imam tetap di mana pada pembukaannya pihak berkuasa agama memberi kebenaran bersembahyang jumaat dan ada wakilnya menyebut tidak boleh melakukan sunat tahiyatul masjid (saya sendiri mendengarnya), walaubagaimanapun pada pemerhatian saya majoriti jemaah masih solat sunat tahiyatul masjid di hari jumaat samada disedari (imam pun solat) atau tidak. Saya pun kekadang terlupa - solat juga dan berniat iktikaf.

Bagaimana pand ust.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1851: Surau vs Mesjid 2

Jawab:

Maka amalan majoriti penduduk mesjid IPTA itu membatalkan arahan wakil Majlis Agama itu berdasarkan pendapat seorang tabi'ien, Atha' bin Rabah. Jika jumhur muslimin melakukan, contohnya dalam urusan menyapu muka selepas berdo'a. Maka dianggap amalan majoriti umat Islam itu dalil untuk mengharuskan perbuatan menyapu muka selepas berdo'a.
Maka jika ada arahan wakil majlis Agama melarang solat sunat tahiyatil mesjid, tapi majoriti penduduk melakukannnya, maka dianggap tindakan majoriti itu benar. Wallahu a'alam