SJ-1857: Perkahwinan Tanpa Wali

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1857: Perkahwinan Tanpa Wali

Assalamu'alaikum, Ustaz & ahli Panel

Di sini saya ingin bertanya berdasarkan satu hadis nabi s.a.w

Dari Aisyah ra berkata: Rasulullah bersabda "Sesiapapun wanita yang dinikahkan tanpa izin walinya, maka nikahnya adalah batil, maka nikahnya adalah batil, maka nikahnya adalah batil. Jika wanita tersebut disetubuhi, maka maharnya tetap menjadi miliknya kerana dihalalkan kemaluannya. Jika mereka (para wali) saling berselisih, maka pemimpin adalah wali bagi orang yang tidak mempunyai wali"

Berdasarkan hadis tersebut, ingin saya utarakan beberapa soalan:

1. Apakah yang dimaksudkan "BATIL" oleh Rasulullah, hinggakan baginda mengulangi sebanyak 3 kali? Dan baris seterusnya baginda menyatakan mahar tetap menjadi milik wanita kerana telah dihalalkan kemaluannya. Adakah pernikahan itu dikirakan tidak sah atau bagaimana kedudukannya?

2. Bagaimanakah dengan senario hari ini yang kebanyakkan perkahwinan secara rahsia yang dilakukan di negara jiran tanpa pengetahuan wali perempuan tersebut. Sedangkan akad dilakukan mengikut syarak. Bagaimana kedudukan pernikahan itu kalau bersandarkan pada hadis nabi tersebut.

Harap dapat Ustaz & ahli panel perjelaskan mengenainya.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1857: Perkahwinan Tanpa Wali


Jawab:
Hadis yg anda petik itu ialah hadis riwayat asyhab asSunan (kecuali anNasa'iy) dari Aisyah ra. Imam Abu Isa atTermidzi menyatakan ia berstatus Hasan. Imam alQurthuby mentakhrijkan sebagai sahih.
1. Maksud batil itu ialah Nikah menjadi tidak sah tanpa Wali (Nailool Awthor, 6/119; Bidayah alMujtahid 2/17) dan perkahwinan itu boleh dibubarkan dan jika sudah berlaku persetubuhan, maka Wang hantaran itu menjadi milik perempuan . Tapi selalunya ia tidak dibubarkan, melainkan pasangan itu dikenakan hukum takzir dan didaftarkan semula.
2. Status perkahwinan itu bergantung kepada penyiasatan dan dakwaan Pendaftar Nikah. Ini keranan kahwin lari dan nikah rahsia ini sesuatu yg berlawanan dengan kehendak syara' dan adat. (Prof Mahmud Zuhdi, Hukum2 kekeluargaan Malaysia) WaLlahu a'alam