SJ - 1879 : HADIS MURSAL

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1879 : HADIS MURSAL

assalamualaikum...

Ustaz !,

Apakah pandangan dari 4 tokoh imam besar terhadap penerimaan dan penggunaan hadith mursal di dalam mengistinbat hukum dalam Islam?.

Bagaimana pula dengan penadapat Imam Nawawi dalam hal ini?

Terima Kasih.

Wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 1879 : HADIS MURSAL

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara , walaupun zahirnya persoalan ini tidak begitu penting bagi masyarakat awam yang tidak mendalami permasalahan agama, termasuklah permasalahan yang berkaitan Ilmu Hadist ( Mustolah Hadist ) , namun tidaklah menjadi halangan untuk kami memberikan jawapan mengenainya. Mudah-mudahan ianya boleh dijadikan bahan rujukan kepada generasi Islam akan datang yang bukan sahaja belajar menerusi cara “ menadah kitab “ dan “ duduk dalam satu halaqat “ , tapi mempergunakan kemudahan Internet untuk menambah ilmu pengetahuan mereka.

Sebelum kami menjawab persoalan saudara itu, ada baiknya jika kita lihat terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan HADIST MURSAL itu .

APAKAH HADIS MURSAL ITU ? ;

Hadist Mursal ( ÇáÍÏíË ÇáãÑÓá ) menurut B. Arab adalah Isim Maf’ul daripada Fi’il “ Arsala “ ( ÃÑÓá ) artinya : “ Yang dilepaskan “ . Seolah-olah orang yang melepaskan itu melafazkan isnadnya , tetapi tidak mahu mengikatnya dengan perawi yang dikenali.

Manakala menurut istilah ahli – ahli Hadist ada berbagai-bagai definasinya , di antara ;


åæ ãÇ ÃÓäÏå ÇáÊÇÈÚí , Ãæ ÊÇÈÚ ÇáÊÇÈÚí Åáì ÇáäÈí ( Õ ) ãä ÛíÑ Ãä íÐßÑ ÇáÕÍÇÈí ÃáÐí Ñæì ÇáÍÏíË Úä ÇáäÈí ( Õ ) , ßãÇ íÞæá : " ÞÇá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã " .

Hadist Mursal ialah sebuah hadist yang diriwayatkan oleh seorang Tabi’ien , ataupun Tabi’ut Tabi’ien secara langsung daripada Nabi s.a.w ,tanpa menyebut nama Sahabat yang meriwayatkan hadist itu daripada Nabi s.a.w , seumpama katanya : “ Telah bersabda RasululLah s.a.w “.

åæ ãÇ ÑæÇå ÛíÑ ÇáÕÍÇÈí

Hadist Mursal ialah sebuah hadits yang bukannya diriwayatkan oleh seorang tabi’ien.

KESIMPULANNYA : Hadist Mursal ialah sebuah hadist yang diriwayatkan oleh bukan mereka daripada kalangan sahabat secara langsung daripada RasululLah s.aw.

HUKUM DAN KEKUATAN HUJAH HADIST MURSAL ;

Para Ulama’ berbeza pendapat di dalam menentukan hukum dan sejauh manakah kekuatan untuk menerima dan beramal dengan Hadist Mursal ini kepada beberapa pendapat :

1 – Majoriti Ahli Hadist rh dan juga Mazhab Zahiri menyatakan bahawa , Hadist Mursal ini TIDAK BOLEH DIJADIKAN HUJAH , kerana telah gugur daripada sanadnya seorang periwayat yang tidak dikenali. Boleh jadi periwayat yang gugur itu , bukanlah seorang periwayat yang boleh dipercayai ( tsiqah ). Oleh itu Hadist Mursal ini dikategorikan sebagai Hadist Dhai’ef ( Lemah ).

2 – Sebahagian ulama’ seperti Imam Abu Hanifah rh , Imam Malik rh dan Imam Ahmad rh BERHUJAH dengan Hadist Mursal.

3 – Ulama’ daripada Mazhab Hanafi menerima Hadist Mursal dengan syarat yang menjadikannya sebagai mursal itu adalah orang-orang ( ulama’ ) daripada ketiga-tiga abad.

4 – Imam Asy-Syafi’e rh pula berpendapat bahawa Hadist Mursal boleh dijadikan hujah , dengan syarat ianya dibantu oleh hadist lain yang ada sandarannya , ataupun dibantu juga oleh hadist mursal yang lain, ataupun dengan menggunakan qiyas.

5 – Imam Asy-Syafi’e rh juga menerima sesuatu Hadist Mursal yang diriwayatkan oleh seorang Tabi’ien yang bernama Sa’id Bin Musayyab @ Musayyib rh , kerana beliau mendapati hadist-hadist Mursal daripada Sa’id ialah haidist yang ada sandarannya ( iaitu sanadnya bersambung terus sampai kepada Nabi s.a.w ).

6 – Begitu juga Imam Asy-Syafi’e rh juga menerima hadist-hadist mursal yang diriwayatkan oleh Kibar At-Tabi’ien rh , terutamanya Az-Zuhriy @ Az-Zahriy rh .

7 – Imam An-Nawawi rh , sekali pun beliau bermazhab Imam Asy-Syafi’e rh , tetapi di dalam hal ini beliau tidak menerima pendapat Imamnya . Oleh itu, Imam An-Nawawi rh , menyatakan bahawa Hadist Mursal BUKANLAH HUJAH.

8 – Jika Hadist Mursal itu berasal daripada Para Sahabat (r.a) , maka semuanya itu DAPAT DITERIMA DAN DIJADIKAN HUJAH MENURUT IJMA’ , kerana Para Sahabat r.a , walaupun ada yang tidak mendengar sesebuah hadits itu terus daripada Nabi s.a.w , maka sudah tentu mereka menerimanya daripada sesama Para Sahabat r.a . Dan semua sahabat r.a adalah ‘UDUL ( orang-orang yang adil lagi dipercayai ).

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

**************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

1- TADRIB AR-RAWI ~ Imam As-Suyuthi , halaman 199 , Jilid 1 ( Maktabah Darut Turast , Cairo ).
2- AL-BA’ITS AL-HATSIST ~ ‘Allamah Ahmad Muhammad Shakir , ms 69 ( Maktabah As-Sunnah ).
3- USUL FIQH AL-ISLAMI ~ Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily , Jilid 1 , ms 473-477 ( Darul Fikr ).
4- AT-TA’ARIFAT ~ Al-Imam Al-Jurjani , ms 268 , Dar Ar-Rayan Litturast.
5- KAMUS ILMU HADIST ~ Drs. Totok Jumantoro – Terbitan Bumi Aksara, Jakarta.
6- ILMU HADIST ~ Ustaz A. Qadir Hassan , Jilid 1, ms 138 – Pustaka Aman Press, Kelantan D.N.

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

1 / Sya’aban / 1423 H
8 / September / 2002 M

Selasa – Bandaraya Kaherah