SJ-1919: Membazir dalam wudhuk

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1919: Membazir dalam wudhuk

Assalamualaikum Ustaz...

Saya sering berasa bersalah setiap kali ingin wudhuk kerana merasakan saya telah membazir air yang banyak. Ini kerana di rumah atau pun di masjid, kita mengambil wudhuk terus dari kepala paip, sewaktu air yang ditadah di atas tangan di sapukan ke anggota2 anggota wudhuk, air dari kepala paip tersebut akan terus keluar...bukankah membazir?

Setelah dinilai-nilai, saya merasakan akan berkurangan lah air yang dibazirkan sekiranya mengambil wudhuk dari kolah seperti yang ada di masjid-masjid. Malangnya, kemudahan kolah ini di kebanyakan mesjid hanyalah untuk tempat wudhuk lelaki...bagi perempuan hanya ada kepala paip. Jadi, saya ingin bertanya, bagaimanakah caranya hendak mengambil wudhuk tanpa melakukan pembaziran air dengan cara yang praktikal dan realistik?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1919: Membazir dalam wudhuk


Jwb:
Membazir air, boros, berlebihan dalam mengguna air ini adalah disiplin diri dan sifat menghargai air. Ia tidak dikaitkan dgn kolah atau air paip. Jika kesedaran dan disiplin diri ini sudah ada, walaupun ia berada di laut atau dalam sungai sekalipun, ia tidak boros dalam menggunakan air. Boros dalam menggunakan air ini amat ketara di kalangan orang kita (Melayu) sebab kita hidup dalam iklim tropika yg lembab dan tinggi kadar taburan hujannya, maka kita tidak merasa akan nilai air. RasuluLlah saw sentiasa mendidik sahabat2nya akan budaya menjimatkan air sebagaimana dlm banyak hadis-hadis, antaranya:
1. RasuluLlah saw biasa mandi dengan menggunakan 4-5 mud air dan berwudhu' hanya dengan satu mud air (Hr Jama'ah dari Anas ra; 1 mud=dua cebuk tangan sahaja=40cm3)
2. RasuluLlah sw menegur Sa'ad kerana kelihatan boros dalam penggunaan air. Sa'ad bertanya,"apakah terhadap air juga dikatakan boros?" Nabi bersabda," memang, hatta jika engkau berada dlm sungai yg mengalir." HR Ahmad dan Ibn Majah
3. (Sabda) "akan datang muncul segolongandari umatku yg melampaui dalam hal bersuci dan berdo'a." HR Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah dari Abdullah Ibn Mughaffal ra.
Isunya bukan dua kulah atau paip, semuanya boleh digunakan. Hebahkan budaya dan sunnah penggunaan air ini melalui khutbah, kuliah agama, tampal hadis2 pembaziran air ini di papan notis mesjid, di tempat2 wudhu' mesjid supaya umat Islam tidak membuka paip air dgn besar atau laju semasa mengambil wudhu'. (Syaykh Fadh asSyuwayyib, Sifat Wudhu' anNabiyy; Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)