SJ-1998: Poligami dan 'threesome'

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1998: Poligami dan 'threesome'

1.Bolehkah seseorang yang mengamalkan poligami melakukan hubungan dengan isteri isterinya secara 'threesome'
( tapi tak lah keterlaluan spt amalan omputeh tu)
2. Apakah hukumnya isteri yang membantah kehendak suami ini.

azhar66 (not verified)
Re: Poligami dan 'threesome'

'Threesome' tu apa dia?
Boleh jelaskan?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1998: Poligami dan 'threesome'

Jawab:
Rasanya berat kita nak jawab soalan2 yg berat2 macam ni bulan Ramadhan ni. Ini kerana revolusi seks yg dibawa oleh internet dan industri filem biru terutama USA dan Europe telah mencelarukan manusia dan membawa manusia di ambang keruntuhan yg memilukan.
Budaya Timur yg luhur begitu tercabar dgn revolusi seks yg melanda dunia, maka timbullah adegan seks yg luar bisa, spt Oral seks, anal seks, orgy, threesome, foursome, pesta seks atau kenduri seks, beastiality (seks dgn haiwan), dsbnya.
Islam tidak ganas, tapi Baratlah yg mengajar keganasan dalam serba serbi. Misalnya Seks ialah suatu seni yg indah dan luhur, Baratlah yg mencetuskan keganasan dan ekstrimisme dalam seks.
Kita kembali kpd isu threesome yg dilakukan terhadap isteri2 yg halal. Ada yg bertanya apakah itu threesome. Ia adalah hubungan seks secara tiga orang sekaligus. dalam kes ini, suami melakukan hubungan seks dengan dua orang isterinya sekaligus di atas katil yg satu serentak.
Jawapan kita: Tidak ada dalil dari alQur'an atau asSunnah mengenai larangannya. Tapi apakah ia boleh dilakukan? Dr Mashitah Ibrahim Assoc. Prof UIA dalam ruangan Fiqhnya di Metro Ahad melihat dari sudut psikologi wanita yg mana sudah tentu tidak akan sanggup melakukan demikian kerana sifat semulajadi wanita yg cemburu dan malu. Dr Mashitah menetapkan ia suatu amalan yg tidak boleh dilakukan oleh orang Islam kerana bercanggah dgn budaya kesederhanaan dan akhlak Islam.
2. Isteri yg membantah kehendak suami ini sudah tentu diharuskan kerana ia bukan termasuk hak-hak yg lazim. WaLlahu a'alam