SJ-2044: [Re-send] [U] Qabliyah Juma'at

3 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-2044: [Re-send] [U] Qabliyah Juma'at

Assalamualaikum,
Mintak maaf sebab mail terus ke mail peribadi saudara. Saya cuba nak gunakan 'kemukakan soalan' tapi tak berjaya.
saya ada satu soalan. Adakah wujud solat qabilliyyah jumaat? Yg nyata Ba'diyyah mmg ade sebab ada hadis mengenainya (Riwayat Imam Muslim). Namun begitu tiada pula sumber mengenai Qabilliyyah. Kecuali satu hadis yg berbunyi sumber 'Ali b. Abu Talib memberitakan,"sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersembahyang 4 rakaat sebelum Jumaat dan 4 rakaat sesudahnya"[HR At-Tabaraani dalam 'Mu'jam Al-Ausat'] Namun hadis di atas dilemahkan oleh Imam Bukhari. Dlm Bahr Madzi mengatakan tidak wujud Qabilliyah Jumaat kecuali Tahiyyatul Masjid. Wallahua'lam...

Syed Edlee

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2044: [Re-send] [U] Qabliyah Juma'at

:wassalam
Mengikut pengesahan maintainer kita, tiada sebarang masaalah pada ruangan 'kemuka soalan' Ahkam. Harap terus mencubanya.
Mengenai Qabliyah Juma'at, memang sah tidak ada qabliyah Juma'at kecuali tahyatul mesjid. Jika ada orang bertaklid dgn madzhab Syafi'iy, Imam Nawawi sendiri menafikan adanya sebarang solat setelah Khatib naik mimbar (lihat anNawawi, alMajmu' 4/428)
Hadis Tabarani dalam Mu'jam alAwsat itu memang dha'ef menurut alBukhari kerana terdapat perawi bernama Muhamad bin Abd Rahman asSahmi yg dinilai dha'eef olehnya. (Fathul Bari,2/420)
2. Adapun tentang solat Ba'diyahnya: kita bersetuju dgn kenyataan anda, bahawa ia sunat. Riwayat terkuat ialah 2 raka'at dan dikerjakan di rumah (jika rumah dekat dgn mesjid)
Dalil: HR Bukhari-Muslim dari Ibn Umar ra, adapun RasuluLlah saw tidak mengerjakan solat ba'diyah Juma'at sehinggalah baginda pulang lalu mengerjakan dua raka'at di rumahnya."
WaLlahu a'alam

zain-ys's picture
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2044: [Re-send] [U] Qabliyah Juma'at

A'kum,

1. Masalah mendaftar ahli baru memang tidak bermasalah.

2. Masalah lupa password yang sering berlaku telahpun saya baiki. Lihat maklumannya di sini:

http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB23&Number=8758

3. Sebenarnya kita boleh memberi laluan kepada bukan ahli utk mengemukakan soalan, tetapi berdasarkan kepada pengalaman kita yg lepas2, akan timbul masalah lain pula yg lebih besar. Tanpa keahlian lebih mendedahkan diri kepada mereka yang suka bermain2 atau SPAM/serangan bertubi2. Atau masalah2 lain yg sukar dikawal. Sedangkan perkara agama adalah perkara serius.

Sekian, wassalam