SJ-2059: Syirik Alhulul

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2059: Syirik Alhulul

Apakah maksudnya syirik alhulul.
Jika seseorang dah terlampau tinggi maqam tariqatnya, bolehkah dia mengatakan sesuatu yang berupa syirik seperti " aku tuhan"
""Bukanlah anjing dan babi melainkan tuhan kami… dan bukanlah Allah kecuali pendeta di gereja".
Atau mengaku Allah bersatu dengan makhluk?
Bukan kah Rasullulah yang paling tinggi darjatnya pada sisi Allah tapi adakah nabi pernah berkata ucapan seperti itu?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2059: Syirik Alhulul

Jawab:
Syirik alHulul ialah salah satu ajaran sesat dalam sejarah Islam yg dibawa oleh Husin bin Mansur alHallaj (meninggal 309H). Ini bermakna ajaran ini muncul dalam era 300 tahun pertama salaf asoleh. Ia diwartakan sesat oleh JAKIM. Intipati ajaran Hululiyah ialah Allah bergabung dgn makhluk. Nas yg digunakan oleh Husin alHallaj ialah peristiwa Allah memerintahkan Malaikat dan Iblis sujud kpd Adam AS. menurut Husin, rahsia perintah sujud ini ialah kerana Allah telah bergabung dgn zat Adam menjadi satu. Untuk mengetahui lebih detail lawatilah website JAKIM atau membaca beberapa kitab dari Indonesia. (sila lawat Pustaka Indonesia Jalan Mesjid India) WA