SJ-2167: Tanah Wakaf

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2167: Tanah Wakaf

:salam

Saya terpanggil kerana sekarang kita dipanaskan dengan isu SAR. Baru2 ni saya ada menghadiri kuliah bulanan oleh seseorang ustaz. Dalam keterangan ustaz itu ada berkaitan dengan tanah wakaf di mana kebanyakkan sekolah2 agama rakyak/pondok adalah dibawah kuasa Sultan/Negeri. Ia tidak berkaitan dengan kerajaan. Kebanyakkan SAR juga dibina di tanah wakaf oleh pengasas/penduduk kampung dan sebagainya.
Persoalannya apakah hukum mereka yang hendak mengambil/hentikan operasi SAR di tanah wakaf dan secara tak langsung telah memberi kesan kepada mereka yang pernah menjayakan SAR satu masa dahulu

Dapatkah sekiranya ustaz uraikan lebih detail ttg SAR dinegara kita :buttrock :)

Re: SJ-2167: Tanah Wakaf

:wassalam
Jawab:
Saya tidak ada banyak masa untuk menggali dari sejarah Malaya mengenai asal-usul SAR. Tapi sedikit sebanyak ada dalam Ruangan Diskusi Umum. Isu-isu ini banyak dikupas dalam lidah resmi PAS, Harakah sejak bulan November lagi. Ustaz Zain ys mungkin boleh membantu jika ada masa. Saya adalah produk sekolah berasrama penuh bantuan kerajaan.

Isu utama ialah peruntukan perkapita SAR telah dihentikan oleh Pemerintah. Ia tiada kaitan dengan tanah wakaf yg menjadi tapak sekolah SAR. Sekolah itu katakan didirikan di atas tanah wakaf, tapi ia memerlukan dana untuk urusan operasinya. Peruntukan ini sudah dihentikan.
Jadi ada dua hukum di sini:
1. Status tanah wakaf yg mana SAR itu didirikan tidak terjejas
2. Isu bantuan perkapita SAR yg dijadikan isu politik.

P/S Jika ada ura-ura pemerintah ingin menukar status tanah wakaf untuk SAR kepada penggunaan yg lain, barulah kita boleh bahas hukumnya dari alQur'an dan Sunnah. Buat masa ini isu SAR ialah isu dana bantuan pemerintah yg dihentikan.
WA