SJ - 2183 : APAKAH BUKTI KITA MENCINTAI ALLAH TA’ALA ?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2183 : APAKAH BUKTI KITA MENCINTAI ALLAH TA’ALA ?

Assalamualaikum w.b.

Ana ada sedikit kemusykilan…

Bagaimana kita hendak mengukur dan menilai…sejauh manakah persaan cinta kita kepada Allah… hal ini kerana ramai individu pada hari ini yang mengakui mencintai Allah dan rasul melebihi segala-galanya…namun memadaikah hanya dengan pengakuan dan ucapan sebegitu?

Wallahua’lam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2183 : APAKAH BUKTI KITA MENCINTAI ALLAH TA’ALA ?


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ - 2183 : APAKAH BUKTI KITA MENCINTAI ALLAH TA’ALA ?

Alhamdulillah , segala puja-puji hanyalah untuk Allah Ta’ala ; Tuhan seru sekalian alam . Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w , isteri-isteri baginda , ahli keluarga baginda , para sahabat dan mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran dan panduan mereka a.s sehinggalah ke hari akhirat . Amin .

Selamat bersua kembali dan terima kasih kami ucapkan kepada Saudara VhoutenJr yang budiman . Nampaknya setelah sekian lama saudara tidak pulang bercuti di kampung , saudara sekarang dapat juga sekarang bersenang-senang di kampung dan juga “ membalas dendam apabila dapat “ mengadap komputer “ dengan menghantar banyak soalan ke al-Ahkam Online .

Alangkah bagusnya kalau semua pemuda / I bersemangat seperti saudara untuk mempelajari agama Islam . :yess

Ukuran dan nilaian cinta seseorang itu terhadap Allah Ta’ala ialah berdasarkan “ kayu pengukur “ dan “ alat penilai “ yang diletakkan sendiri oleh Allah Ta’ala , iaitu :


Þõáú Åöä ßõäÊõãú ÊõÍöÈøõæäó Çááøåó ÝóÇÊøóÈöÚõæäöí íõÍúÈöÈúßõãõ Çááøåõ æóíóÛúÝöÑú áóßõãú ÐõäõæÈóßõãú æóÇááøåõ ÛóÝõæÑñ ÑøóÍöíãñ

Ertinya : “ Katakanlah wahai Muhammad ! , jikalau kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah daku , pastilah Allah akan turut mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu . Walhal Allah Amat Pengampun Lagi Amat Pengasih “~ Surah Ali ‘Imran : ayat 31 .

Menurut al-Imam Jalaluddin al-Mahalli rh dan al-Imam Jalaluddin as-Suyuthi rh di dalam “ TAFSIR al-JALALAIN “[ , ayat ini diturunkan disebabkan orang-orang kafir musyrikin Mekkah mengatakan kepada Baginda Rasulullah s.a.w : “ Wahai Muhammad ! , kami ini menyembah patung-patung ini hanyalah disebabkan cinta kami kepada Allah dan supaya patung-patung ini mendekatkan kami kepada Allah “ . Lalu turunlah ayat di atas sebagai penolakan cara ibadah mereka itu .

Ayat di atas seolah-olah Allah Ta’ala berfirman : “ Wahai orang-orang kair Quraisy dan seluruh manusia ! . Kalau kamu benar-benar mencintai-Ku , maka ikutilah Rasul-Ku iaitu Muhammad s.a.w kerana dialah yang paling dan sangat Aku kasihi . Kalau kami tidak mentaatinya dan bersikap bermusuh pula dengannya , bermakna kamu juga tidak mentaati-Ku dan cuba bermusuh dengan-Ku “ .

Itulah neraca sebenar CINTA dan KASIH kita kepada Allah Ta’ala .

Cinta sudah pasti tidak cukup sekadar “ mainan lidah “ kerana “ lidah itu sendiri tidak bertulang “ . Cuba bayangkan kalau seseorang suami itu berkata kepada isterinya : “ Yang …Abang betul-betul cintakan cayanggggg “, tetapi di belakang pengetahuan isterinya , si suami itu telah “ bermain kayu tiga “ . Adakah ini cinta yang sejati dan adakah ini kasih yang disulami kejujuran !? .

Tentu sahaja tidak !!! .

Maka apatah lagi terhadap Allah Ta’ala walhal iman itu bukan sahaja dengan ucapan lisan , tetapi dengan keyakinan yang mantap di hati dan direalisasikan pula dengan perbuatan ! .

Dan kalau cinta hanya dengan ucapan lidah , sudah tentu Baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a tidak perlu bersusah-payah menegakkan Islam dengan seluruh daya-upaya yang mereka miliki .

Dan kalau cinta hanya dengan ucapan lisan , sudah tentu tidak perlu mereka berkorban hingga titisan darah yang terakhir .

Cinta perlukan pengorbanan .

Cinta memerlukan kejujuran dan kesetiaan .

Dan cinta juga melahirkan ketaatan .

Itulah CINTA SEJATI .

Selain itu hanyalah DUSTA dan MAINAN semata-mata ! .


Çááøóåõãøó ÍóÈøöÈú ÅöáóíúäóÇ ÇáúÅöíãóÇäó æóÒóíøöäúåõ Ýöí ÞõáõæÈöäóÇ æóßóÑøöåú ÅöáóíúäóÇ ÇáúßõÝúÑó æóÇáúÝõÓõæÞó æóÇáúÚöÕúíóÇäó æóÇÌúÚóáúäóÇ ãöäó ÇáÑøóÇÔöÏöíäó Çááøóåõãøó ÊóæóÝøóäóÇ ãõÓúáöãöíäó æóÃóÍúíöäóÇ ãõÓúáöãöíäó æóÃóáúÍöÞúäóÇ ÈöÇáÕøóÇáöÍöíäó

“ Ya Allah , Ya Tuhan kami . Jadikanlah kami mencintai keimanan dan serikanlah ia di dalam hati-hati kami . Dan jadikanlah kami benci terhadap kekufuran , kefasiqan dan kederhakaan . Dan jadikanlah jua kami daripada kalangan mereka yang mendapat bimbingan .

Ya Allah , Ya Tuhan kami . Matikanlah kami sebagai orang-orang islam ( yang menyerahkan jiwa dan raga kepada Allah ) dan hidupkanlah jua kami sebagai orang-orang Islam dan temukanlah kami ( kelak di syurga ) akan orang-orang yang soleh “ ~ petikan drp doa Baginda Rasulullah s.a.w menurut riwayat al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh .


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
03 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
03 / Jun / 2003 M

SELASA – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum