SJ-2471: Wang zakat sebagai penarik

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2471: Wang zakat sebagai penarik

:salam
Di sini saya ingin kemukakan kemusykilan yang saya hadapi. Baru-baru ini, seorang Hindu telah berkata kepada saya bahawa Islam menggunakan wang untuk menarik 'non-muslim' agar memeluk Islam. Saya sangat terkejut dengan kenyataannya itu kerana setahu saya hanya agama Kristian yang melakukan demikian, lalu saya minta padanya agar kemukakan bukti. Hindu tersebut lalu memberitahu bahawa seorang 'rakan'nya yang dulunya Hindu telah memeluk Islam, bila ditanya mengapa, 'rakan'nya itu memberitahu 'tiap-tiap bulan boleh dapat wang zakat sebanyak RM400'.
Seperti yang kita tahu...
1) orang yang layak menerima zakat ada 8 asnaf, antaranya muallaf.
2) orang yang diterima Islamnya hanyalah mereka yang mengaku ketuhanan Allah S.W.T. dan kerasulan baginda Muhammad dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Sedang orang-orang yang tidak ikhlas hanya layak dipanggil sebagai munafiquun.
(Harap diperbetulkan jika saya silap)
Persoalannya sekarang adalah tanggapan hindu tersebut yang sememangnya tidak faham tentang Islam. Apakah cukup hanya jika orang tersebut muallaf maka diberi zakat sewenang-wenangnya sehingga ada yang mengambil kesempatan. Mungkin non-muslim lain juga berfikiran demikian dan mungkin akan bertambah ramai non-muslim yang miskin memeluk Islam semata-mata inginkan 'wang bulanan' :wow. Atau adakah ini dibolehkan? Dan bolehkah kita membuat aduan tentang mereka ini pada Pusat Zakat atau bagaimana? Saya agak keliru dengan perkara ini.
Diharap panel al-ahkam dapat memberi sedikit pandangan di dalam hal ini. Syukran. Jazaakallaahu khairan kathiran.
:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2471: Wang zakat sebagai penarik

:wassalam
Jawab:

Zakat boleh diberi pada mu'allaf (AQ:9:60)
Hadis Muslim (alSahih: 7/51) " Sesungguhnya aku (Nabi saw) memberikan zakat kpd orang2 kafir yg masih muda adalah utk mencairkan hati2 mereka."

Mereka yg berpendapat zakat pada mu'allaf ini dimansuhkan berdasarkan Ijtihad Umar alKhattab ra yg telah memansuhkan pemberian wang zakat pada mu'allaf semasa era pentadbirannya. Imam Ibn Qudamah alMaqdisi, alMughny: 6/427; Imam Nawawi, alMajmu': 6/206)
Yang benar, hukum ini masih kekal. Cuma pengagihan dan pentadbirannya hendaklah dilakukan dgn baik dan strategik oleh Pusat Zakat. WA