SJ-2507 : Hukum makan Daging biawak.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2507 : Hukum makan Daging biawak.

Assalamu'alaikum,
Saya ingin mendapat kepastian dalam hal ini.Adakah memakan daging biawak harus/mubah hukumnya?
Terima kasih.

Re: SJ-2507 : Hukum makan Daging biawak.

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr fundamentalis dengan sekadar yang mampu, insyaallah.

Kalau sdr fundamentalis maksudkan BIAWAK itu ialah DABB [="#0000ff" size="5"](ÖóÈø) , maka ulama' mengatakan hukumkannya harus(mubah). Dalilnya ialah hadith dari "Pedang Allah" (Khalid Ibnu Walid) :

[="#0000ff" size="3"]Úóäú ÎóÇáöÏö Èúäö ÇáúæóáöíÏö Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÃõÊöíó ÈöÖóÈøò ãóÔúæöíøò ÝóÞõÑøöÈó Åöáóíúåö ÝóÃóåúæóì Åöáóíúåö ÈöíóÏöåö áöíóÃúßõáó ãöäúåõ ÞóÇáó áóåõ ãóäú ÍóÖóÑó íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö Åöäøóåõ áóÍúãõ ÖóÈøò ÝóÑóÝóÚó íóÏóåõ Úóäúåõ ÝóÞóÇáó áóåõ ÎóÇáöÏõ Èúäõ ÇáúæóáöíÏö íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ÃóÍóÑóÇãñ ÇáÖøóÈøõ ÞóÇáó áÇ æóáóßöäú áóãú íóßõäú ÈöÃóÑúÖö Þóæúãöí ÝóÃóÌöÏõäöí ÃóÚóÇÝõåõ ÝóÃóåúæóì ÎóÇáöÏñ Åöáóì ÇáÖøóÈøö ÝóÃóßóáó ãöäúåõ æóÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóäúÙõÑõ ÑæÇå ÇáÈÎÇÑí 4981 æÇáäÓÇÆí ÑÞã 4242 æÃÈæ ÏÇæÏ 3300
{"Khalid Ibnu Walid meriwayatkan bahawa beberapa daging DABB telah dibawa kepada Rasulullah saw dan diletakkan dihadapan beliau. Baginda memanjangkan tangan sedikit untuk mengambilnya, tetapi salah seorang dari mereka yang hadir berkata : 'Ya Rasulullah, sesungguhnya itu adalah DAGING DABB'. Maka baginda pun menarik tangannya semula. Khalid Ibnu Walid bertanya:'Ya Rasul Allah, Apakah DABB Haram?'. Baginda berkata : 'TIDAK, tetapi ia tidak diketahui oleh orangku dan saya tidak boleh berhadapan memakannya'. Maka Khalid pun mengambil beberapa daging dabb dan memakannya, sementara Rasulullah saw memandangnya"} (Riwayat al-Bukhari 4981, Al-Nasaa'i 4242, dan Abu Daud 3300).

Berdasarkan takrir atau diamnya Rasulullah saw, maka Dabb adalah Halal dimakan.

Menurut kamus Al-Mawrid, Dabb ini ialah sejenis cicak, yang dinamakan "Dabb Lizard". Ia menyerupai biawak. Ia adalah "Haiwan jenis reptilia yang keras kulitnya" [="#0000ff" size="3"](ÍóíóæóÇä ãöäú ÌöäúÓ ÇáÒøóæóÇÍöÝ ÛóáöíÙ ÇáúÌöÓúã) (Kamus Ajeeb). Dan ia juga dinamakan oleh orang Melayu sebagai biawak padang pasir. Maka apakah hukum memakan biawak selain dari Dabb??

Elok juga kita lihat dulu makanan-makanan yang diharamkan oleh Allah yang terdapat didalam surah Al-Maidah ayat 3. Allah swt berfirman :

[="#ff00000" size="3"]ÍõÑøöãóÊú Úóáóíúßõãõ ÇáúãóíúÊóÉõ æóÇáÏøóãõ æóáóÍúãõ ÇáúÎöäúÒöíÑö æóãóÇ Ãõåöáøó áöÛóíúÑö Çááøóåö Èöåö æóÇáúãõäúÎóäöÞóÉõ æóÇáúãóæúÞõæÐóÉõ æóÇáúãõÊóÑóÏøöíóÉõ æóÇáäøóØöíÍóÉõ æóãóÇ Ãóßóáó ÇáÓøóÈõÚõ ÅöáøóÇ ãóÇ ÐóßøóíúÊõãú æóãóÇ ÐõÈöÍó Úóáóì ÇáäøõÕõÈö
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala". (Al-Maidah:3).

Menurut Al-Qardhawi:

[="#0000ff" size="3"]æÃãÇ ÇáÍíæÇäÇÊ ÇáÈÑíÉ Ýáã íÕÑÍ ÇáÞÑÂä ÈÊÍÑíã ÔíÁ ãäåÇ ÅáÇ áÍã ÇáÎäÒíÑ ÎÇÕÉ -æÇáãíÊÉ æÇáÏã æãÇ Ãåá áÛíÑ Çááå Èå ãä Ãí ÍíæÇä- ßãÇ ÊÞÏã Ýí ÇáÂíÇÊ ÇáÊí ÌÇÁÊ ÈÕíÛÉ ãÍÏÏÉ ÍÇÕÑÉ ááãÍÑãÇÊ Ýí ÃÑÈÚÉ ÅÌãÇáÇ æÚÔÑÉ ÊÝÕíáÇ
"Mengenai binatang darat, al-Quran tidak menyebutkannya secara jelas pengharamannya melainkan untuk pengharaman daging babi, bangkai, darah dan binatang yang disembelih untuk berhala. Ini ada disebutkan pada ayat yang lalu dengan menghadkan pengharaman itu hanya di sekitar empat perkara sahaja secara ringkasnya, dan sepuluh perkara secara terperincinya.(Halal & Haram, ms52)"

Perincian 10 makanan yang diharamkan adalah seperti berikut.

1. Bangkai
2. Daging babi
3. Binatang yang mati dicekik
4. Binatang yang mati kerana jatuh dari tempat tinggi
5. Binatang yang mati kerana dimakan oleh binatang buas
6. Darah
7. Binatang yang disembelih bukan kerana Allah
8. Binatang yang mati kerana dipukul
9. Binatang yang mati kerana ditanduk
10. Binatang yang disembelih bukan kerana berhala

Menurut Al-Qardhawi lagi:

[="#0000ff" size="3"]æáßä ÇáÞÑÂä ÇáßÑíã ÞÇá Úä ÇáÑÓæá ãÍãÏ Õáì Çááå Úáíå æÓáã: (æíÍá áåã ÇáØíÈÇÊ æíÍÑã Úáíåã ÇáÎÈÇÆË) ÓæÑÉ ÇáÃÚÑÇÝ:157.
æÇáÎÈÇÆË åí ÇáÊí íÓÊÞÐÑåÇ ÇáÐæÞ ÇáÍÓí ÇáÚÇã ááäÇÓ Ýí ãÌãæÚåã æÅä ÃÓÇÛåÇ ÃÝÑÇÏ ãäåã

"Namun dalam pada itu al-Quran mengatakan: "Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor." (al-A'raf: 157)
Maksud kotor (khaba’its) ialah yang secara umumnya dianggap kotor oleh perasaan rata-rata manusia, sekalipun ada beberapa individu yang tidak menganggapnya begitu. (Halal & Haram, ms52)"

Maka, ulama-ulama Syafie mengkategorikan biawak sebagai binatang yang kotor atau khaba’its, dan hukumnya adalah haram dimakan. Sebagai tambahan : . Rasulullah s.a.w telah menegah daripada memakan semua binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku cengkam (untuk melukai mangsa) [="#0000ff" size="3"] {äåì Úä Ãßá ßá Ðí äÇÈ ãä ÇáÓÈÇÚ æßá Ðí ãÎáÈ ãä ÇáØíÑ} – Hadith riwayat imam Bukhari. Melalui hadis ini maka ulama’ mengharamkan binatang buas yang bertaring seperti singa, harimau kerana ia memakan daging dan makanan kotor.

wallahu 'alam

-wassalam-
==========

Rujukan:

1. Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Al-Halal Wa Al-Haram fi Al-Islam. Cetakan ke 27. Kaherah : Maktabah Wahbah, 2002.
2. Kamus Ajeeb. url : http://dictionary.ajeeb.com
3. Persatuan Ulama Malaysia. Soal jawab - e-Ulama. url : http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=1168

خيرالأمين