assalamuaalaikum,
berhubung ttg jawapan oleh ustaz pendekar di
SJ – 2715 : KARAOKE UNTUK JAGA HATI KAWAN, saya ingin mendapat lagi penjelasan lebih lanjut dalam keadaan di bawah ini :
a) Saya pergi berkaraoke bersama keluarga di bilik karaoke di hotel tempat kami menginap bagi menghabiskan masa cuti yang terluang.
b) pergi berkaraoke bersama kawan² yang sejenis (merupakan mahram kita)hanya tujuan berkumpul dan bergembira dengan kawan² yang dah lama tak jumpa.
c) Berkaraoke di rumah bersama kawan² iaitu ada kawan lelaki dan perempuan. Kiranya waktu berkumpul di rumah kawan secara beramai-ramai.
Sekian Terima Kasih
:wassalam
Jawab:
Untuk menjawab soalan Karaoke ni sdr Nilam kena browse dulu dalam archive Ahkam mengenai Hukum muzik dan nyanyian dalam Islam.
Pertama: Karaoke adalah dari bahasa Jepun 'kara' = kosong
dan 'oke'= orkestra. Maka karaoke ini ialah ciptaan Jepun bagaimana nak menjadi penyanyi tapi kita malu nak nyanyi di tempat terbuka macam CT Nurhaliza.
Tapi sekarang karaoke ni dah lari dari konsep asalnya: berkaraoke depan orang ramai dan pertandingan Karaoke yg dibuka ke peringkat nasional.
Jadi hukum karaoke ni sama saja dgn hukum yg kita bahaskan sebelum ini: nyanyian, musik dan seni tari. browse dalam archive dan jika anda masih keliru dgn halal/haram musik kembali semula kpd kami. WA