SJ - 2828: Hot chocolate ada marshmallow

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2828: Hot chocolate ada marshmallow

assalamualaikum
kami belajar di oversea ..kami terminum hot chociolate yang ada marshmallow ..lepas tu tumpah sikit kat atas baju..so kena samak tak baju tadi :crazy:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: hot chocolate ada marshmallow

Bab istihalah

Definisi istihalah: perubahan/pertukaran sendiri benda yang najis atau melalui proses perubahan melalui sesuatu. Atau dalam istilah sainsnya berlakunya chemical reaction samada dgn sendirinya atau kerana dicampur dgn bahan lain maka dgn itu ia berubah dari segi sifat, bau dan warna.

Sebagai contoh, Singapore dgn NeWater menyuling air kumbahan dijadikan air minuman dengan percampuran bahan chemical, penyulingan dsb.

Dalam hal di atas, adakah marshmallow di dalam hot chocolate dikira najis? Apakah itu Marshmallow? Marshmallow (keluaran luar negara) selalunya ia diperbuat daripada gelatin yang mengandungi lemak babi.

Mari kita tgk pendapat para fuqaha mengenainya. Mazhab Syafie berpendapat bahawa najis itu tidak boleh menjadi suci kecuali kerana disebabkan perubahan dalam perkara:
1. Arak bersama bekasnya apabila menjadii cuka dgn sendirinya
2. Kulit (selain kulit anjing dan babi) yang menjadi najs dengan sebab mati menjadi suci dan batinnya apabila disamak
3. Sesuatu yang berubah menjadi binatang, seperti bangkai apabila menjadi ulat, kerana terjadi kehidupan baru.

Mazhab maliki juga berpendapat demikian tetapi mengecualikan abu dan asap najis.. Mazhab hanbali berpendapat bahawa perubahan najis itu mestilah berlaku dgn sendirinya dan sekiranya berlaku kerana percampuran bahan lain atau kerana perubahan masa dgn tujuan utk membersihkan najis itu, maka ia tidak suci. Sekiranya tanpa tujuan utk membersihkan najis itu, dan berlaku perubahan itu, maka di sisi mazhab hanbali ia adalah suci.

Kesimpulannya: Marshmallow tetap dikategori sebagai najis kerana ia berlaku dgn kehendak pengeluarnya walaupun sifat, bau dan warnanya telah hilang. Oleh itu, sekiranya terkena baju anda, wajib anda samak dia seperti yang terdapat dalam hukum fiqh.

Al-Fiqh Islami wal adillatuhu Al-Juz Awwal; Wahbah Zuhaili

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2828: ot chocolate ada marshmallow

:wassalam
Jawab:
JKK pada sdr zayed.
Dalam hal ini kami memilih tarjeehan manhaj salaf yg tidak membenarkan Qias najis jilatan anjing kpd gelatin dalam marshmallow. Nas hanya merujuk pada jilatan anjing dan tidak pada gelatin. Jadi basuhlah pakaian anda spt biasa. WA