SJ - 2848: Setelah Jenazah Dikuburkan

6 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ - 2848: Setelah Jenazah Dikuburkan

:salam

Jika berpegang pada pendapat bahawa tidak ada talqin selepas jenazah dikuburkan, maka apakah yang harus dilakukan (jika disunnahkan) selepas urusan menguburkan jenazah selesai? Terus balikkah?. Mohon penjelasan. T.kasih

:wassalam

ateed (not verified)
Re: Setelah Jenazah Dikuburkan

A'kum

Semalam ana baru mendengar kuliah Ust Ahmad Dasuki Abd Ghani. Beliau menyatakan memang talkin tidak sampai ke mayat dan sunnah ialah mengingatkan orang yang hadir tentang mati.

wallahu'alam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Setelah Jenazah Dikuburkan

:salam

JKK sdr ateed. Tapi mohon huraian lebih lanjut agar saya jelas. Mungkin telah disebut di mana-mana di sini (al-Ahkam Cyberinstitute of Jurisprudence), tapi mungkin saya tak jumpa... beri "addressnya".

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Setelah Jenazah Dikuburkan

Ini Jawapan ringkas

Disunatkan menabur 3 kepalan tanah ke dlm liang lahad mayat pada kepalanya.
Nabi Muhammad S.A.W berbuat demikian semasa mengebumikan mayat anakandanya Umm Al-Kulthum (Hadith Ibn Majah).

Disunatkan berdoa keampunan kpd mayat.
Dari Uthman R.A, selepas pengkebumian baginda S.A.W akan berdiri di hadapan kubur mayat itu dan berkata, “Pohonlah keampunan pada saudaramu dan semoga pengampunannya diterima kerana sekarang dia sedang disoal.” (Hadith riwayat Abu Dawud dan Al-Hakim)

Ibnu Umar R.A suka membacakan ayat pertama dan beberapa ayat terakhir dari Surah AL-Baqarah apabila upacara pengkebumian tamat. (RIwayat Al-Baihaqi dgn perawi yg tsiqah)

Selepas itu boleh pulang.

Syeikh Kamin boleh tambah, insyaAllah.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Setelah Jenazah Dikuburkan

:salam

Utk mengikuti perbincangan khusus mengenai talkin, sila ke url berikut:
Masalah Talqin: Studi Perbandingan antara aliran

Saya rasa jwpn al-Fadhil Zayed memadai. Saya hanya ingin melampirkan hadis lain sahaja. WA.

:wassalam

[b]Dari Al-Bara' bin Azib r.a. katanya: Kami telah keluar bersama-sama Nabi mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, lalu kami sampai ke kuburnya yang disediakan Rasulullah s.a.w. pun duduk lalu kami duduk di sekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu; manakala Baginda s.a.w. pula mencucuk- cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada di tangannya. Setelah itu Baginda s.a.w. mengangkat kepalanya lalu bersabda: "Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur", (diulanginya sabdanya itu) dua atau tiga kali; kemudian Baginda s.a.w. bersabda lagi: "Sesungguhnya hamba Allah yang mukmin (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, putih bersih muka mereka, seolah-oleh matahari dengan membawa kain kapan bersama mereka dari kain-kain kapan syurga dan Hanut (1) dari yang ada di syurga, sehingga mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang.
Kemudian datang Malakulmaut a.s. lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: "Wahai jiwa yang baik keluarlah (dan pada satu riwayat ada disebutkan: Orang yang hendak mati dihadiri - saat naza'nya - oleh Malaikat, maka sekiranya orang itu seorang yang salih, berkatalah Malaikat:"Keluarlah engkau ..) menuju ke tempat keampunan dan keredhaan Allah. " Baginda s.a.w. bersabda lagi: "Kemudian roh orang itu keluar - mengalir seperti mengalirnya setitik air dari mulut bekas air (yang terbuat dari kulit kambing), lalu Malakulmaut mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya di tangan Malakulmaut walau sekelip mata sekalipun lalu mereka mengambilnya kemudian meletakkanya di dalam kain kapan dan Hanut yang tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang harumnya seperti seharum-harum kasturi yang terdapat di atas muka bumi." Baginda s.a.w., bersabda lagi: "Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: `Roh yang baik ini roh siapa?" Mereka menjawab: "Roh Si anu anak si anu" (dengan menyebutkan sebaik-baik namanya yang biasa mereka menamakannya dengan nama-nama itu di dunia), (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang Pertama; setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, lalu dibukakan pintu untuk- mereka; kemudian Malaikat-malaikat yang berkedudukan istimewa di sisi Tuhan dari penduduk tiap-tiap langit menghantar roh itu ? beramai-ramai hingga ke langit yang berikutnya, sehinggalah mereka berhenti membawanya di langit yang ketujuh. Setelah itu Allah `Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) "Simpanlah suratan amal hambaKu ini dalam `illiyyin (tempat simpanan surat amal orang-orang yang berbakti) dan bawalah dia balik ke bumi, kerana sesungguhnya Aku telah menciptakan manusia dari bumi, dan ke bumi juga Aku kembalikan mereka serta dari bumi pula Aku keluarkan mereka sekali.
Baginda s.a.w. bersabda "Dan sesungguhnya orang yang kafir (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, hitam muka mereka dengan membawa kain-kain kasar seperti kain kadut; lalu mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang. Kemudian datang Malakulmaut lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: "Hai jiwa yang jahat. Keluarlah (dan pada satu riwayat disebutkan: Maka apa bila orang itu orang jahat, berkatalah Malaikat: "Keluarlah engkau ...) menuju ke tempat kebencian dan kemurkaan Allah." Baginda s.a.w., bersabda lagi: "Kemudian roh orang itu berselerak di merata jasadnya (kerana takut hendak keluar), lalu disentap rohnya itu oleh Malakulmaut sebagaimana sebatang besi pembakar daging disentap dari segumpal bulu yang basah; Malakulmaut pun mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya di tangan Malakulmaut walau sekelip mata sekalipun sehingga mereka meletakkannya dalam kain kasar yang tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang busuknya seperti sebusuk-busuk bau bangkai yang ada di atas muka bumi. Kemudian mereka membawanya naik ke langit maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: "Roh yang jahat ini roh siapa?" Mereka menjawab: "Roh Si anu anak si anu, " (dengan menyebutkan seburuk-buruk namanya yang biasa dipanggil dengan nama-nama itu di dunia); (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama, setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, tetapi tidak dibukakan baginya.
Kemudian Rasulullah s.a.w., membaca (ayat 40 Surah al-A'raf, ertinya):".. Tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga hingga unta masuk di lubang jarum...". (Kemudian Baginda s.a.w., bersabda): "Lalu Allah `Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat: "Simpanlah suratan amal jahatnya di dalam sijjin (tempat simpanan surat amal jahat orang-orang yang berdosa), yang letaknya di bumi yang terkebawah sekali. Lalu dicampakkan rohnya ke situ...."
(Imam Ahmad, Abu Daud, Al-Nasa'i dan Ibn Majah) [b]

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2848: Setelah Jenazah Dikuburkan

:wassalam

Tahqeeq dan Tarjeeh:

JKK kepada dua Ansar Ahkam: Ust zayed dan

Lulus utk paparan di Ahkam.

Cuma nasihat kami, Talqeen memang diamalkan di Malaysia (kecuali Perlis), maka janganlah bergaduh dgn sanak keluarga di kuburan hanyalah kerana isu Talqeen. Bid'ah talqeen ini termasuk bid'ah khilafiah sahaja dan kita tidaklah menyeru agar ianya diperangi. WA