SJ - 2854: Fatwa bekas mufti

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2854: Fatwa bekas mufti

:salam
Adakah seorang bekas mufti (bersara atau dipecat) masih mempunyai kelayakan untuk memberi fatwa?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Fatwa bekas mufti

Isu Mufti dan Fatwa

Fatwa merupakan sebuah institusi perundangan Islam yg wujud
sejak zaman Rasulullah S.A.W sehingga hari ini. Institusi fatwa mula berkembang dgn pesatnya pada zaman pemerintahan Muawiyyah, Abbasiyah, dan Uthmaniyyah. Justeru itu wujudlah jawatan mufti dan jabatan ifta' yg terkenal sebagai Darul Ifta'

Fatwa ialah satu perkataan arab yg berasal dari fata-yaftu-fatwan. Fatwa atau futya yg memberi maksud ifta', fatwa yg dikeluarkan oleh alim berhubung hukum hakam yg berkaitan dgn syariat.

Ibn Manzur dlm kitabnya Lisanul Arab, futan dan fatwa ialah 2 kata yg digunakan di tempat al-ifta' yg bermaksud satu perbuatan menetapkan sesuatu fatwa yg berhubung dilakukan oleh mufti tentang sesuatu hukum atau satu keputusan yg dikeluarkan oleh faqih.

Butrush Al-Bustani menjelaskan bahawa apabila seseorang alim ditanyakan tentang sesuatu masalah dan sekiranya didapati hukum yang nyata lalu fatwa diputuskan, maka org alim itu ialah mufti.

Ketika membincangkan maksud al-ifta' yg diterangkan oleh Al-Baidawi (W 685 H), Al-Badakhsyi menegaskan bahawa haruslah bagi seorang mujtahid perlu mengeluarkan fatwa sekiranya ia memenuhi
syarat-syarat tertentu berdasarkan kaedah usul fiqh. Ini bererti, fatwa merupakan satu keputusan hukum syariah yg dikeluarkan oleh mujtahid.

Menurut Ar-Raghib, Al-Fatya atau al-fatwa itu bermaksud menjawab masalah yg menjadi kemusykilan dlm hukum.

Oleh itu, memberi fatwa bermaksud menjelaskan dan memberikan jawapan bagi sesuatu pertanyaan atau kemusykilan. Penjelasan atau jawapan itulah yg dinamakan Fatwa.

FirmanNya:
"Dan pada suatu hari Raja mesir berkata, "Sesungguhnya aku bermimpi melihat 7 ekor lembu gemuk dimakan 7 ekor lembu yg kurus dan aku melihat 7 tangkai biji-bijian yg hijau dan 7 tangkai lagi yg
kering. Wahai ketua-ketua kaum (yg hadir) berikanlah aku fatwa
(aftuuni)-(terangkanlah kpdku) tentang mimpi ku ini. Sekiranya kamu pandai mentakbir mimpi." (Surah Yusuf: ayat 43)

"Dan jgnlah kamu meminta penjelasan (istifta) tentang hal mereka kpd seseorang pun dari golongan mereka (yg membincangkan hal mereka)."
(Surah Al-Kahfi: ayat 22)

"Maka bertanyalah kpd mereka (istaftihim) wahai Muhammad, Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan atau makhluk-makhluk lain?"
(Surah As-Saafat: ayat 11)

Istifta bermakna seseorang yg menginginkan sesuatu jawapan atau penjelasan mengenai sesuatu perkara yg menjadi kemusykilan lalu mengemukakan pertanyaan atau soalan.

Muhammad Abu Zahrah menyatakan perbezaan antara fatwa dan ijtihad:
"Bahawa fatwa adalah lebih khas daripada ijtihad kerana ijtihad itu dilakukan utk mendapatkan hukum-hukum sama ada sesuatu masalah itu telah berlaku atau belum berlaku, manakala fatwa yg hendak
dikeluarkan itu mestilah dilakukan terhadap masalah yg telah berlaku dgn sebenarnya dan faqih mengetahui mengenai hukumnya yg hendak dikeluarkan."

Unsur-unsur penting bagi fatwa dan mufti:
1. Fatwa bertujuan utk menerangkan hukum syarak bagi sesuatu perkara atau kemusykilan.

2. Hukum yg dijelaskan itu ialah hukum syarak yg diistinbathkan. Proses mengeluarkan dan mengistinbathkan hukum-hukum ini ialah daripada sumber-sumber hukum syarak. Sumber-sumber utama hukum
syarak ialah Al-quran, as-sunnah dan sumber-sumber yg lain spt al-qiyas, istihsan dll.

3. Jawapan Al-quran atau as-sunnah terhadap sesuatu persoalan atau kemusykilan tidak dinamakan fatwa kerana ia bukanlah hukum yg diistinbathkan.

4. Individu yg mengeluarkan dan mengistinbathkan hukum syarak daripada
sumbernya hendaklah seorang yg berilmu, berwibawa, bertaraf mujtahid mutlak atau sekurang-kurangnya mencapai tahap mujtahid fil Mazhab.

5. Jawapan Rasulullah S.A.W terhadap kemusykilan tidak dinamakan fatwa kerana ia merupakan wahyu.

Kesimpulannya: Bekas mufti boleh memberikan pengajaran/tunjuk ajar/ tazkirah as long as dia mempunyai ilmu2 yg berkaitan dsb. Fatwa di malaysia adalah suatu bentuk yg formal. Utk mengelakkan kekeliruan dan kecelaruan pentadbiran, kita elakkan mengatakan bahawa 'bekas mufti memberi fatwa', lebih afdhal kita sebut 'bekas mufti memberi pendapat'. Kalau kita tgk Bekas mufti mesir, bekas pengerusi lajnah fatwa al-azhar, masih aktif mengajar sungguhpun tidak menjawat jawatan tersebut. Kalau org itu tak pegang jawatan, adakah kita tolak mentah2 pendapat beliau? Sesuai dgn anjuran usyul Isyrin As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, "...Kata2 seseorang itu boleh diterima dan ditolak kecuali dari Nabi S.A.W..."

Wallahua'lam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2854: Fatwa bekas mufti

:wassalam
Tarjeehan:

Kita endorse jawapan Ust Zayed kita. JKK

Rumusan:
Di Malaysia fatwa selalunya dikeluarkan oleh Majlis Fatwa negeri2 dan Majlis Fatwa Kebangsa'an. Fatwa ini bila ditandatangani Sultan, maka ia adalah mulzim (boleh menjadi peraturan) bila digazetkan.
Atas kapasiti peribadi, Mufti Negeri2 dan Mufti bagi Majlis Fatawa kebangsaan boleh berfatwa tapi fatwa itu tidak mulzim (hanya sebagai pendapat2 fiqih sahaja)

Manakala alim ulama yg lain juga boleh berfatwa dan memberi pendapat fiqih kerana Islam mengharuskan ulama' memberi pendapat selagi mana mereka berkeahlian berbuat demikian. Fatawa mereka ini juga bukanlah mulzim (kata putus) tapi sebagai tunjuk ajar.

Ini terbukti dengan melimpahnya buku2 agama dalam pasaran yg ditulis oleh ramai ulama' dari dalam dan luar negara yg mengandungi pelbagai fatwa dan pendapat fiqih. Ada yg menggunakan fatwa madzhab, ada fatawa muqaran dan ada fatawa tarjih. WA