SJ - 2977: [G] Solat di permukaan yang tak diketahui kesucia

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2977: [G] Solat di permukaan yang tak diketahui kesucia

:salam
Saya sedang mengikuti pengajian di sebuah pusat pengajian yang dikendalikan oleh yang bukan Islam. Lantai kelas-kelas di tempat itu tersebut dilitupi karpet keseluruhannya dan setiap orang memakai kasut di dalam kelas. Secara zahirnya karpet itu bersih. Memandangkan cuma terdapat beberapa sejadah yang disediakan dan terdapat ramai muslimat yang ingin menggunakannya, maka saya terpaksa menunggu giliran sehingga semuanya selesai solat dan kelaspun sudah hampir hendak bermula. Maka solat saya menjadi kurang khusyuk kerana mengejar waktu. Berdasarkan huraian ini, bolehkah saya bersolat terus diatas karpet itu dimana-mana kelas yang kosong?

Terima kasih...

Re: Solat di permukaan yang tak diketahui kesuciannya

:salam

Sumber Abu Sa’iid al-Khudriy, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Bumi ini semuanya tempat bersujud melainkan tanah kubur dan bilik mandi air panas.”[HR at-Turmudzi]

Sumber lain daripada ‘Ali b. Abu Taalib, ‘Abdullah b. ‘Amr, Abu Hurairah, Jaabir, Ibnu ‘Abbas, Hudzaifah, Anas, Abu Umaamah dan Abu Dzarr. Mereka mengatakan Nabi SAW bersabda:
“Bumi ini semuanya dijadikan bagiku tempat bersujud dan alat bersuci(penyuci).” [Hadith riwayat Asy-Syafi’I]

Boleh saja bersolat di atas karpet tersebut kecuali nyata tidak kelihatan sebarang najis. Jika adapun, bersolatlah di kawasan yg tiada najis. WA.

:wassalam

Lihat juga URL berikut:

004. KITAB BAHRUL MADZI: BAB SEKALIAN BUMI INI TEMPAT BERSUJUD MELAINKAN TANAH PERKUBURAN DAN BILIK MANDI

Re: SJ - 2977: [G] Solat di permukaan yang tak diketahui kes

:wassalam
Tahqeeq:
LULUS

Tambahan:
Penyelesaian jangka panjang: Di majukan pada Administration Kolej Swasta itu supaya menyediakan Prayer Room bagi kakitangan dan pelajar muslim kerana mungkin pemilik kolej ini tidak menyedari keperluan berbuat demikian sedangkan ia menjadi suatu yg standard di Malaysia bagi kilang, mall, bangunan menyediakan prayer room bagi orang Islam. WA