SJ - 3062: [Z] Sos Bilis Kelate/Budu

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3062: [Z] Sos Bilis Kelate/Budu

:salam

Apabila ditanya tentang hukum memakan budu, sudah masyhur di sisi orang ramai bahawa hukumnya adalah makruh. Alasannya: kerana bau budu yang busuk. Sekarang di pasaran ada banyak jenis budu. Ada yang tidak berapa kuat baunya seperti jenama cap ketereh dan cap limau. Dan ada yang jenis yang kuat baunya yang mana ikan-ikan bilis yang merupakan bahan utama pembuatan budu tersebut masih belum hancur. Yang ini biasanya diusahakan oleh pengusaha kecil-kecilan. Soalan saya: adakah semua jenis budu dihukumkan makruh memakannya walaupun ada yang jenis yang tidak kuat baunya. Setakat mana bau busuk seseuatu makanan boleh memberi kesan kepada hukum harus atau makruh sesuatu makanan tersebut. walau bagaimanapun diharapkan ahli-ahli panel al-ahkam perjelaskan dengan lebih ditil lagi asal-usul timbulnya hukum makruh memakan budu ini.

wassalam

Re: Budu

:salam

Budu tidak makruh dimakan. Yang dimakruhkan ialah mulut berbau semasa berada dlm keadaan solat jemaah di masjid. Ini kerana mulut yang berbau boleh mengganggu para jemaah lain. Oleh itu, ia dimakruhkan dlm keadaan mulut yang berbau datang ke masjid. Dari segi makan, ia tidak dimakruhkan sehingga ada dalil2 yang mengatakan ia makruh kerana memudaratkan pemakannya.

Disebut dalam sahih bukhari,
þÍÏËäÇ þ þÚÈÏ Çááå Èä ãÍãÏ þ þÞÇá ÍÏËäÇ þ þÃÈæ ÚÇÕã þ þÞÇá ÃÎÈÑäÇ þ þÇÈä ÌÑíÌ þ þÞÇá ÃÎÈÑäí þ þÚØÇÁ þ þÞÇá ÓãÚÊ þ þÌÇÈÑ Èä ÚÈÏ Çááå þ þÞÇá þ
þÞÇá ÇáäÈí þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þãä Ãßá ãä åÐå ÇáÔÌÑÉ íÑíÏ ÇáËæã ÝáÇ þ þíÛÔÇäÇ þ þÝí ãÓÇÌÏäÇ

--------------
dari Jabir bin Abdullah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang memakan bawang putih atau bawang merah, hendaklah ia menjauhkan diri dari kami (di masjid)."


þÍÏËäÇ þ þãÍãÏ Èä ÇáãËäì þ þæÒåíÑ Èä ÍÑÈ þ þÞÇáÇ ÍÏËäÇ þ þíÍíì æåæ ÇáÞØÇä þ þÚä þ þÚÈíÏ Çááå þ þÞÇá ÃÎÈÑäí þ þäÇÝÚ þ þÚä þ þÇÈä ÚãÑ þ
þÃä ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÞÇá Ýí þ þÛÒæÉ þ þÎíÈÑ þ þãä Ãßá ãä åÐå ÇáÔÌÑÉ þ þíÚäí ÇáËæã þ þÝáÇ íÃÊíä ÇáãÓÇÌÏ þ

-------------------
Dari Ibnu Umar r.a bahawa Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda ketika dalam peperangan Khaibar: "Sesiapa yang memakan dari pohon ini iaitu bawang putih maka janganlah dia memasuki masjid" (sahih muslim)


þÍÏËäÇ þ þÃÍãÏ Èä ÕÇáÍ þ þÍÏËäÇ þ þÇÈä æåÈ þ þÃÎÈÑäí þ þÚãÑæ þ þÃä þ þÈßÑ Èä ÓæÇÏÉ þ þÍÏËå Ãä þ þÃÈÇ ÇáäÌíÈ þ þãæáì þ þÚÈÏ Çááå Èä ÓÚÏ þ þÍÏËå Ãä þ þÃÈÇ ÓÚíÏ ÇáÎÏÑí þ þÍÏËå þ
þÃäå ÐßÑ ÚäÏ ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þþ ÇáËæã æÇáÈÕá æÞíá íÇ ÑÓæá Çááå æÃÔÏ Ðáß ßáå ÇáËæã ÃÝÊÍÑãå ÝÞÇá ÇáäÈí þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þßáæå æãä Ãßáå ãäßã ÝáÇ íÞÑÈ åÐÇ ÇáãÓÌÏ ÍÊì íÐåÈ ÑíÍå ãäå

-------------------
Dari Abu Said Al-Khudriy, bahawa bawang putih dan bawang merah dikatakan sblm Rasulullah S.A.W. Baginda S.A.W diberitahu bahawa, "bawang putih adalah yang paling tidak menyenangkan. Adakah kamu mengharamkan ia?" Baginda S.A.W bersabda: "Makanlah. Dan barangsiapa memakannya, hendaklah ia menjauhkan diri dari masjid ini sehingga bau itu hilang." (Hadith riwayat Abu Dawood)

:wassalam

Re: SJ - 3062: [Z] Sos Bilis Kelate/Budu

:wassalam
Tas-hih/Tahqeeqan
Sebagai orang Kelantan, maka Budu atau nama komersilnya Sos Bilis atau nama internationalnya Anchovy Paste berada dalam bidang pengetahuan saya. Setakat yg saya tahu tidak ada ulama'2 Kelantan atau Patani yg memakruhkan Budu, malah Budu ini berasal dari Patani dan Budu cap ketereh itu mendapatkan bekalan budunya dari Selatan Thai. Makruh atau Sikap Prejudis masyarakat Non-Kelantanese terhadap budu ialah kerana khabar angin mengenai proses pembuatannya yg tidak bersih kerana ianya adalah backyard industry (industri kecil-kecilan belakang rumah). Industri ini tidak dipiawai kebersihannya atau mutu pengilangannya oleh badan yg bertauliah spt Vaterinar dan SIRIM.
Ingredientnya ialah ikan bilis, garam, gula, asam dan dijeruk; kekadang ada pengusaha yg menggunakan selain ikan bilis kerana kos ikan bilis yg mahal, yakni ikan2 kecil yg lain.
Budu ada dua jenis: Budu proses dan Budu ORI. Budu proses ialah budu yg kurang kualitinya, ditambah perisa MSG dan Pewarna tiruan dan ia berwarna cerah. Budu ORI ialah budu tanpa pewarna dan MSG dan selalunya menggunakan bilis 100%.

Budu ialah delikasi Kelantan yg utama kerana ia menjadi alat utk segala ulam-ulaman dimakan. Cara penyediaan budu ialah perahan limau nipis, cili padi, ikan bakar tawar (salt-free), tempoyak atau fresh durian boleh juga ditambah.
Ulam-ulaman yg popular ialah daun gajus, petai, keredas (raja ulam), jering muda atau relong (jering tua yg ditimbus dalam pasir), jantung pisang celor, dsbnya.

Adapun yg menjadi makruh ialah budu yg disyaki diperbuat dari bahan2 selain bilis dan menggunakan perisa tiruan, pewarna berbahaya. Pejabat Kesihatan Kelantan telah mengeluarkan circular supaya rakyat berhati-hati ketika membeli budu. Petunjuk budu yg ori ialah yg menyebut Budu Kampung, tanpa MSG dan tanpa pewarna tiruan dan berwarna hitam. Budu yg merbahaya ialah berwarna kemerah-merahan kerana pewarna tiruan. Makruh ini kerana kesan sampingan dan bahayanya pewarna tiruan ini.

Juga makruh ialah ulam-ulaman yg berbau spt Kerdas (kedah: Genuak), Jering (terutama jenis Relong), petai kerana bau mulut dan air kencingnya yg kuat baunya.

Maka kaedah maqosyid atau illat makruhnya bawang merah dan putih kerana baunya, maka begitulah juga ulam-ulaman yg berbau tadi. Ini adalah pendapat Imam Malik ra (kitab: Sahhih Solatak (Betulkah Solat Dikau) oleh Jamal Abd Mun'iem al Kuumi, diTahqeeq oleh Dr Muhd Ahmad 'Aasyuur.

Maka dengan penjelasan ini jelaslah akan kisah Budu dari Kelantan ini. WA

Rumusan: