SJ - 3170 : Saudara Baru - ziarah ibu-bapa semasa Krismas

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3170 : Saudara Baru - ziarah ibu-bapa semasa Krismas

Assalamualaykum.
(harap dpt menjawab dgn kadar segera memandangkan krismas makin hampir)

saya baru sahaja 'join' al-ahkam slps mengetahui dr sorg rakan baik.
saya harap saudara2 dpt membantu saya dalam mempelajari Islam dgn lebih mendalam.

saya baru sahaja memeluk Islam lebih kurang 2 bulan yg lalu.
pada penghujung disember ini saya dijemput pulang utk meraikan krismas bersama keluarga (saya seorg shj memeluk Islam, keluarga yg lain masih Kristian, saya doakan moga Allah memberi petunjuk kpd mereka suatu hari nanti)

persoalan saya:
1. bolehkan saya meraikan krismas bersama family saya? (inilah peluang saya bersama keluarga, kami bertemu setahun sekali)
2. bolehkan saya berikan wang kpd keluarga, kemudian mereka membeli minuman keras dan makanan haram (babi,etc)
3. bagaimana saya hendak makan di rumah ibu saya, sdgkan sebelum saya muslim, kami makan khinzir dan binatang yg tidak disembelih. walau pun ibu saya menghidangkan makanan halal (assumption), namun alat menyediakan masakan adalah sama........saya bimbang ibu akak berjauh hati.

sekian

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3170 : Saudara Baru - ziarah ibu-bapa semasa Krisma

Wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Syukur keatas nikmat Islam yang dikurniakan oleh Allah swt kepada kita semua, khususnya kepada sdr dinlee yang telah diberi taufiq dan hidayah memeluk agama Islam. Terima kasih diatas kepercayaan sdr dinlee keatas website Al-Ahkam Online untuk bertanya mengenai Islam, dan pihak kami akan cuba menjawab soalan-soalan sdr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Begitulah sikap seorang muslim yang soleh, sentiasa memohon kepada Allah swt agar memberi taufiq dan hidayah keatas keluarganya yang belum lagi memeluk agama Islam. Tahniah sdr dinlee.

1. Agama Islam merupakan agama yang mencakupi segenap aspek penghidupan didunia, maupun di Akhirat. Ia mempunyai 'way of life' nya secara tersendiri tanpa perlu meniru-niru dari agama lain. Agama Islam mempunyai hari kebesarannya sendiri iaitu Eid Al-Fitr dan Eid Al-Adha atau yang dikenali sebagai Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Islam amat menitik beratkan ketulenan, tanpa berkompromi dengan perkara-perkara yang tidak halal atau haram disisi agamanya.

Pada asasnya, Islam melarang kita menyambut atau mengiktiraf perayaan-perayaan yang berbentuk keagamaan sesuatu kaum atau penganut. Umat Islam dilarang keras meniru-niru kepercayaan dan sambutan perayaan penganut agama lain. Menyambut mana-mana perayaan sesuatu kaum bererti kita MENGIKTIRAF agama mereka! Ibnu Qayyim didalam bukunya Ahkaam Ahl al-Dhimmah mengatakan bahawa ia seolah-oleh kita mengiktiraf ritual kekufuran mereka walaupun kita tidak menerima kepercayaan mereka.

Namun demikian, agama Islam juga menitik beratkan aspek-aspek mujamalah dan muhasanah (berbudi bahasa dan menjaga pergaulan yg baik) keatas kaum keluarga seseorang yang menyambut perayaan seperti Krismas. Dengan kata lain, terdapat kelonggaran yang bergitu ketat diberikan kepada mereka yang beragama Islam menziarahi kaum keluarganya yang beragama Kristian dengan niat mengeratkan silatul rahim terutamanya berlaku Ihsan kepada kedua ibu-bapanya yang belum lagi memeluk agama Islam. Namun, adalah HARAM hukumnya kita mempercayai bahawa perayaan Krismas ialah menyambut hari kelahiran Isa as.! Kaedah ziarah keatas kaum keluarga yang Kristian ini merupakan satu cara mengelakkan pandangan-pandangan negatif mereka terhadap agama Islam itu sendiri. Menurut seorang ulama' terkenal, Sheikh Dr Mustafa Al-Zarqo didalam fatwa beliau mengatakan:-

[="#0000ff" size="3"]Åäø ÊåäÆÉó ÇáÔøÎÕ ÇáãõÓáöã áãÚÇÑöÝå ÇáäøÕÇÑóì ÈÚíÏö ãíáÇÏ ÇáãóÓíÍ Ü Úáíå ÇáÕøáÇÉ æÇáÓáÇã Ü åí Ýí äÙÑí ãä ÞóÈíá ÇáãõÌÇãáÉ áåã æÇáãÍÇÓóäÉ Ýí ãÚÇÔÑÊåã. æÅä ÇáÅÓáÇã áÇ íäåÇäÇ Úä ãËá åÐå ÇáãÌÇãáÉ Ãæ ÇáãÍÇÓóäÉ áåã¡ æáÇ ÓíøãÇ Ãäø ÇáÓíÏ ÇáãóÓíÍ åæ Ýí ÚÞíÏÊäÇ ÇáÅÓáÇãíøÉ ãä ÑÓá Çááå ÇáÚöÙÇã Ãæáí ÇáÚÒã¡ Ýåæ ãõÚÙøóã ÚäÏäÇ ÃíÖðÇ¡ áßäåã íõÛÇáõæä Ýíå ÝíÚÊÞÏæäóå ÅáåðÇ¡ ÊÚÇáì Çááå ÚãÇ íÞæáæä ÚõáõæøðÇ ßÈíÑðÇ.
"Mengucap selamat/tahniah pada hari krismas kepada kenalan mereka dari kalangan penganut kristian, menurut pendapat saya adalah adalah dari sudut mujamalah dan muhasanah (berbudi bahasa dan menjaga pergaulan yg baik). Islam tidak menegah kita mujamalah seperti ini terhadap mereka. Lebih2 lagi al-Masih a.s. di dalam aqidah kita adalah salah seorang dari para rasul Ulul Azmi. Al-Masih juga manusia agung di sisi kita. Cuma, golongan Kristian melampau batas sehingga meng-I'tiqadkannya sebagai Tuhan."
[="#0000ff" size="3"]æáÇ ÓíøöãÇ Ãä ÇáãÓáãó ÞÏ íÃÊíå Ýí ÚíÏå (ÇáÝØÑ æÇáÃÖÍì) ãÚÇÑöÝõ áå ãä ÇáäøÕÇÑì íõåäøöÆæäå Ýíå. ÝÅÐÇ áã íóÑÏ áåã ÇáÒíÇÑÉ Ýí ÚíÏ ÇáãíáÇÏ¡ ßÇä Ðáß ãÄíøöÏðÇ áöãÇ íÊøóåóã Èå ÇáãÓáãæä ãä ÇáÌóÝæÉ¡ æÚÏã ÇÓÊÚÏÇÏåã ááÇÆÊáÇÝ ãÚ ÛíÑåã¡ æÇáãõÍÇÓóäÉ Ýí ÇáÊøÚÇãõá
"Tambahan pula, kadangkala kaum muslimin diziarahi oleh sahabat handainya dari kalangan penganut Kristian pada Aidil Fitri dan Aidil Adha serta mengucap tahniah/ ucap selamat hariraya. Jika ziarah ini tidak dibalas pada hari Krismas, maka ini hanya akan mendokong lagi apa yg telah ditohmah terhadap umat Islam. Iaitu sikap kasar dan sikap tidak mahu berkompromi langsung dengan orang lain."

Namun demikian, sebagai orang Islam, semasa berkunjung dirumah ibu-bapa yang beragama Kristian, kita haruslah menjaga kesucian agama kita. Sebagai contoh, kita dilarang menyertai acara-acara ritual mereka seperti menyanyikan lagu-lagu Krimas, menjaga makan-minum kita, menjaga waktu Solat, dengan ertikata bila masuk waktu solat, kita akan mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekalipun. Tidak ada kompromi didalam persoalan diatas. Kedatangan kita dimajlis tersebut hanyalah bersifat berlaku Ihsan (hormat dan menunjukkan sikap yg baik) kepada kedua ibu-bapa dan menjalinkan silatul rahim dengan adik beradik kita dan bukan kerana untuk menyambut perayaan mereka. Wallahu'alam (hanya Allah swt dan Rasulnya yang mengetahui).

2. Pemberian wang kepada ibu-bapa juga merupakan satu cara anak berlaku ihsan kepada ibu-bapanya. Perintah belaku Ihsan ini telah dinyatakan oleh Allah swt didalam firmannya ::

[="#ff00000" size="3"]æóÞóÖóì ÑóÈøõßó ÃóáøóÇ ÊóÚúÈõÏõæÇ ÅöáøóÇ ÅöíøóÇåõ æóÈöÇáúæóÇáöÏóíúäö ÅöÍúÓóÇäðÇ
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa" - [al-Isra’ 17:23]
[="#ff00000" size="3"]æóÇÚúÈõÏõæÇ Çááøóåó æóáóÇ ÊõÔúÑößõæÇ Èöåö ÔóíúÆðÇ æóÈöÇáúæóÇáöÏóíúäö ÅöÍúÓóÇäðÇ
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa " - [al-Nisa’ 4:36]

Anggaplah wang yang kita berikan kepada mereka merupakan hadiah dan sumbangan dari kita sebagai seorang anak. Anda tidak perlu menanyakan kepada mereka tentang apa yang mereka akan beli dengan wang tersebut.

3. Makanan orang Kristian (yang bukan khinzir (babi) atau minuman arak) adalah halal dimakan. Syeikh Abdullah Ibn Jibreen mengatakan :

[="#0000ff" size="3"]íÌæÒ Ðáß ¡ ÝÇáØÚÇã ãÍÊÑã æØÇåÑ æÃæáì ãä Ñãíå ¡ æíÌæÒ Ãßá ØÚÇã ÇáäÕÇÑì áÞæáå ÊÚÇáì :
[="#ff00000" size="3"]( æØÚÇã ÇáÐíä ÃæÊæÇ ÇáßÊÇÈ Íáø áßã æØÚÇãßã Íáø áåã )
[="#0000ff" size="3"]ÝáÇ ÈÃÓ ÈÐáß
"Adalah dibenarkan, kerana makanan mereka dihormati dan bersih, dan lebih elok dari dibuang. Adalah dibenarkan memakan makanan orang Kristian kerana Allah terlah berfirman 'Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka) - [al-Maa’idah 5:5]', maka tidak ada masalah dengannya."

Jika ibu anda menghidangkan makanan yang halal (ayam yang disembelih), maka tidak ada masalah untuk anda memakannya. Mengenai sudu, mangkuk, pinggan yang pernah digunakan untuk memakan babi, menurut pendapat yang paling benar ialah, memadai sudu tersebut dicuci dengan bersih tanpa perlu menyamaknya. Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi :-

[="#0000ff" size="3"]áÃäø ÇáÕÍíÍ Ãäø äóÌóÇÓóÉó ÇáÎöäúÒöíÑö ßóÛóíúÑöåö æáÇ íõÛúÓóáõ ÓÈÚ ãÑÇÊ ÅÍÏÇåÇ ÈÇáÊÑÇÈ
"Sesungguhnya pandangan yang paling sahih (benar) ialah najis yang disebabkan oleh khinzir (babi) dianggap serupa dengan najis-najis yang lain, tidak perlu dibasuh 7 kali dengan air dan sekali dengan tanah" - [al-Sharh al-Mumti’, Ibn Utsaimin, 1/356].

Apa yang Islam haramkan ialah memakan khinzir, samada dagingnya, lemaknya atau mana-mana bahagian daripadanya. Firman Allah swt didalam Al-Quran :

[="#ff00000" size="3"]ÍõÑøöãóÊú Úóáóíúßõãõ ÇáúãóíúÊóÉõ æóÇáÏøóãõ æóáóÍúãõ ÇáúÎöäúÒöíÑö
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya)... " - [al-Maa’idah 5:3]

Moga-moga jawapan kami yang serba kekurangan ini dapat membantu sdr dinlee untuk memahami dan mengamalkan Islam didalam penghidupan seharian. Wallahu'alam.

wassalam
==========
Rujukan :

1. Sheikh Dr. Mustafa Al-Zarqo . [="#800000" size="3"]ÊåäÆÉ ÇáäÕÇÑì ÈÚíÏ ÇáãíáÇÏ æØÈÇÚÉ ÈØÇÞÇÊ ÇáÊåäÆÉ. [Terjemahan Al-Fadhil Ustaz ZainYS] url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB2&Number=9352&page=5&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1. sumber asal :url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=17894

خيرالأمين