SU-00063 Lelaki memakai inai di rambut

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00063 Lelaki memakai inai di rambut

Assalamualaikum, apakah hukumnya sesorang lelaki atau perempuan memakai inai atau pewarna di rambutnya?
Jika ada hadis2 sahih yang sabit kepada masalah diatas, minta tolong huraikan?

Anonymous (not verified)
Re: Lelaki memakai inai di rambut

assalaamualaikum...untuk pengetahuan semua hukum memakai inai dirambut boleh diklasifikasikan juga dalam hukum mewarnakan rambut...

bagi seseorang perempuan atau lelaki, mewarnakan rambut yang sudah putih atau hitam dengan inai adalah harus. tetapi tidak dibenarkan jika mewarnakan dengan warna hitam...hadith cari sendiri ye..dah lupa la

Re: SU-00063 Lelaki memakai inai di rambut

:salam

Terima kasih kepada kedua2 yang bernama 'anonymous'. Satu 'anonymous' yang bertanya dan juga anonymous yang menjawab.;)

Persoalan mewarna rambut ini pernah ditanya sebelum ini. Alangkah baiknya kalau dicari terlebih dahulu di dalam arkib agar soalan ulangan tidak berulang. Kami akan melampirkan jawapan sebelumnya utk kemudahan anda.

-----------

Quote:
apakah hukumnya sesorang lelaki atau perempuan memakai inai atau pewarna di rambutnya?

Umat Islam dibenarkan mewarnakan rambutnya. Berikut ini kami terjemahkan fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenainya (Al-halal Wal haram Fil Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi, hal.89-09):

Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan wambut atau janggut yang telah beruban. Telah datang satu riwayat yang menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mewarna rambut dan mngubahnya dengan beranggapan, antaranya ialah berhias dan memperelok diri itu dapat menghindarkan erti peribadatan dan beragama. Sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib dan ahli-ahli zuhud yang bersikap berlebih-lebihan.

Tetapi Rasulullah s.a.w. melarang mengikut (taqlid) kepada suatu kaum dan mengikuti jejak langkah mereka, supaya umat Islam sentiasa mempunyai keperibadian yang berbeza, zahir dan batin. Dan, diriwaytakan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mahu mewarnakan rambut, oleh itu berbezalah kamu dengan mereka. (HR Bukhari).

Amar (perintah) di sini mengandungi maksud sunat, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para sahabat, seperti Abu Bakar dan Umar. Manakala yang lainnya tidak melakukan (mewarna rambut), seperti Ali, Ubai bin Ka'b dan Anas.

Tetapi, dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut? Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain? Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam?

Orang yang telah tua, ubannya telah merata semada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mearna dengan warna hitam. Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya ABu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda:
"Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam." (HR Muslim).

Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam amsalah ini al-Zuhri telah berkata: "Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam." (Fathul Bari)

Segolongan ulamak salaf membenarkan mewarna dengan warna hitam, mereka ialah Saad bin ABi Waqqas, uqbah bin Amir, Hasan, Husain, Jarir dan selainya.

Sebahagian ulamak berpendapat tidak boleh dengan warna hitam kecuali dalam keadaan perang agar dapat menakutkan musu. Kerana mereka akan melihat semua tentera-tentera Islam masih kelihatan muda. (Fathul Bari).

Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan:
"Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam." (HR Tarmizi dan ash-habusunan)

Katam adalah satu pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan. Dan Inai berwarna merah.

Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya dengan inai sahaja.]

--------

Sekian. Harap menjawab persoalan anda. WA.

:wassalam

Untuk bacaan lanjutan sila ke:
SJ 2069: warna rambut kerana trend atau style

SJ-1659: hukum pewarna rambut dan fiqh tarjih