Adakah tahi ikan bilis dibilangkan najis atau tidak. Sila jawab menurut mazhab Imam Syafie R.A.
Bagi madzhab Syafi'iy tidak ada najis atau tahi yang dima'afkan kecuali jika amat sulit untuk
mengatasinya. Ikan bilis adalah sejenis ikan yang tidak diketahui keujudan oleh ulamak Arab dan mereka tidak pernah
memakannya, maka dalam hal ini ia bergantung kepada ulamak-ulamak tempatan dan uruf masyarakat
dalam menghukum tahi ikan bilis, adakah ia termasuk najis yang jijik dan meloyakan.
Imam asSyarbaini alKhatib, Fuqaha' terbilang Syafi'iyah berpendapat tahi ikan yang tidak mengubah rasa
dan warna adalah dima'afkan (Mughni alMuhtaj)
Begitu juga dalam uruf masyarakat Melayu, kita dapati seupaya mungkin kita lihat mereka membuang
tahi bilis tetapi masih ada tahi ikan bilis yang masih terlepas, maka itulah maksud tahi yang dima'afkan.
Manakala ikan bilis yang saiznya amat kecil dan tahinya hampir tidak kelihatan, ia adalah dima'afkan
lantaran sukar untuk membuang tahinya.
Namun tidak ada satu hukum yang muktamad tentang ikan bilis lantaran saiznya yang kecil.
Rujukan:
1. Imam Syarbaini, Mughni alMuhtaj
2. Wahbah Zuhaili (Fiqh Islami)
3. Fatawa Syaikh Ahmad Fatani, Singgora Thailand.
thtl for al_ahkam online