SU-00111: Was-was mengenai najis mughallazah

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00111: Was-was mengenai najis mughallazah

Assalamualaikum..
Saya ingin kemukakan keraguan saya mengenai najis mughallazah ini yang telah lama terpendam dalam fikiran saya. Ustaz, dalam perjelanan ke tempat kerja kita akan melalui jalan-jalan dan juga tangga-tangga tempat laluan ramai. persoalannya disini ialah:

1. Saya sering berasa was-was adakah jalan yang saya lalui itu bekas najis mughallazah?

2. Bila berjalan kekadang kita ada terpijak sesuatu dan kita tak dapat mengenalpasti samada benda itu adalah sisa makanan, sisa najis ataupun lain-lain sisa? Perlukah kita mengenalpasti setiap benda atau sisa dijalanan? patutkah saya berasa was-was?

3. Bagaimanakah sebenarnya rupa bentuk najis mughallazah (anjing dan babi) ini?

persoalannya sekarang ustaz sepanjang masa dalam perjalanan saya ketempat kerja, hati saya tidak senang kerana takut terpijak apa-apa yang bersangkut dgn najis mughallazah. perasaan was-was ini senantiasa menghantui saya. Apakah yang perlu saya lakukan?

semutapi (not verified)
Re: Was-was mengenai najis mughallazah

:salam

Utk persoalan 1 & 2:
Was-was itu adalah dari syaitan. Pastikan betul2 adakah jlh yg anda laluai itu ada najis atau tidak. Jika tdk ada maka tidak perlu was-was lagi.
Jika anda rasa jln yg anda laluai tadi pernah menjadi tempat berak anjing atau babi , tetapi najisnya tdk ada, maka ia telah bersih secara semulajadi,
"Najis anjing yang telah terkena hujan, maka laluan itu menjadi suci; inilah pendapat Syafi'iy (Dr Abdul Karim Zaidan, alMufassal);
Ibn Qayyim (Ighasah alLahafan, Jld 1, ms 155) berpendapat jika najis itu terkena panas matahari dan tiupan angin pun telah menghilangkan najis itu.
Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 1 ms 475)
berpendapat sesungguhnya najis yang menghilang dengan apa jua cara termasuk panas matahari, angin, atau hujan, maka hilanglah hukum najis ke atasnya."

Utk soalan 3
Anjing dan babi itu sendiri adalah najis mughalazah (berat). Segala bahan dari kedua2nya adalah najis. Isu ini anda perlu rujuk arkib. Ianya banyak dibincangkan secara detail dan boleh membuka minda.

wallahualam, tunggulah jawapan yg lebih benar dari Al fadhil Ustaz2 kita dan Ahli2 Al Ahkam yg lain yg lebih berilmu.
:wassalam

Re: Was-was mengenai najis mughallazah

:salam

Jawapan dari semutapi di atas sudahpun memadai. Ttp ingin saya saya tambah sedikit sahaja.

Allah berfirman yg bermaksud,
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk ( mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. Maka barangsiapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa,sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. 5:3)

Apa yg jelas dari ayat di atas, apa yg diharamkan adalah memakan babi. Bagaimana pula dgn kulit dan tulangnya. Adakah ianya tikda boleh dimanfaatkan.

Jumhur ulama' mengatakan ianya haram. Ttp ada juga ulama' yg mengharuskannya. Dr Fattah Ashoor dari Universiti al-Azhar(Islam online) mengatakan harus memanfaatkan kulitnya krn yg diharamkan adalah memakan daging babi shj. Ini juga merupakan pendpat Sheikh Sayyid Sabiq dan Yusuf Qardhawi . Walaubagaimanapun, adalah lebih baik dielakkan krn sifat babi yg kotor dan menjijikkan. WA.

wassalam