1.betul kah ada hadis yang menyata kan bahawa nabi suka apabila ia di bangkitkan di hari kiamat baginda suka bersama2 golongan miskin?
2. mengapa para wali ALLAH (arab) itu miskin contohnya dalam sebuah kesah bahawa nabi suruh berjumpa dengan salah seorang sahabatnya yang mana nabi dan orang itu tidak pernah berjumpa jika tak salah saya namanya Quais al-quardi.
3. mengapa para wali ALLAH (arab) itu (dalam kisah2 yang terdapat dalam buku2 cerita atau lain2 itu berkeadaan kusut , miskin, tak berharta , dengan kata lain ia seakan tidak di pandang masyarakat.
Soalannya..... adakah kita orang Islam sekiranya kasihkan Allah dan rasul seperti yang saya nyatakan itu? apakah itu mujahadah melawan nafsu atau bagaimana?? Bagaimana pula sekiranya keadaan sekarang terdapat orang yang saya sebut kan itu? tidak kah itu bermakna ia meninggalkan kemajuan???
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-1634: Islam dan kemiskinan
Primary tabs
Mon, 01/07/2002 - 3:38am
#1
SJ-1634: Islam dan kemiskinan
Jawab:
1. Kemiskinan adalah musuh Islam kerana salah satu definasi Islam ialah menurut Imam Hasan alBanna ialah " Islam ialah material dan harta Atau usaha dan kekayaan." (Risalah Ta'alim, usyul asyreen). dalam wirid alMakthurat, "Allahummainni, a'uzubikaminal kufr wal faqr." (Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kekafiran dan kefakiran.)
Bila ditanya baginda, apakah keduanya sama (kufur dan fakir), baginda menjawa, Ya, sama."
Sayyidina Ali KW pernah berkata, " jika kefakiran itu lembaga manusia, niscaya akan ku bunuh ia."
menyatakan Islam memuja kemiskinan adalah ajaran yg diimpot, begitu juga yg berpendapat aktiviti ekonomi tidak ada kaitan dengan agama juga ajaran yg dimpot ke dalam Islam yg sudah sempurna (Qardhawi, Mujtama' Islami).
2. Para wali yg miskin itu bukanlah dari ajaran Islam. Imam Abu Hanifah pernah ditanya mengenai hal ini, Imam Hanafi itu menjawab,"janganlah kamu minta pendapat dari orang yg di rumahnya tiada tepung gandum. Bagaimana ia bisa memberi pendapat yg baik sementara ia mesti memikirkan persoalan makan-minum untuk dirinya dan tanggungannya." (Qardhawi, alQur:an wa Sulthon)
3. Wali ada dua jenis: Auliya' Allah dan Auliya' Syaitan. Mengenali mereka ini, menurut Syaikhul Islam Ibn Taymiyah alHarani ialah meneliti apakah kehidupan mereka ini selari dengan alQur'an dan asSunnah. Adapun gambaran wali Allah menurut apa yg digambarkan itu bukanlah dari watak wali Islam yg sebenarnya, melainkan watak wali yg diimpot dari ajaran agama lain. (Qardhawi, Masalah Kemiskinan dan cara Islam mengatasinya, juga Fatawa Mu'asirat)