SJ - 2921: Sekitar the first Islamic Civil War

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2921: Sekitar the first Islamic Civil War

Assalamualaikum,

Kalau hendak diceritakan sejarahnya mungkin terlalu panjang. Saya cuma ingin mengetahui position ulama-ulama terhadap peristiwa tersebut termasuk keputusan Saidina Ali untuk menghadapi konflik tersebut, setahu saya the following adalah isu utama:

1. Saidina Ali ra terpaksa menghadapi tentangan tersebut kerana masalah perpecahan serta rebellion yang berlaku tidak silap saya kaum ibnu Saba' dan Khawarij yang menentut qisas terhadap pembunuhan saidina Uthman yang akhirnya melibatkan Muawiyah.
2. Gerakan rebellion ini telah berlaku sebenarnya masa pemerintahan saidina uthman atas sikap tidak puas hati kaum rebellion tersebut terhadap pemerintahannya.
3. Keadaan peperangan jamal dan siffin berlaku atas gerakan secara gerila kaum rebel yang kononnya menyebelahi Ali ra maka tercetuslah peperangan.

In essence soalan saya apakah position ulama terhadap peristiwa tersebut dari larangan Allah menumpah darah sesama muslim dan jika ada perspective lain. Setahu saya kebanyakkan ulama meletakkan blame kepada kumpulan rebel, saidina Ali terpaksa menghadapi permusuhan sesama Islam atas dasar memelihara Khilafah, serta menangguhkan hukuman terhadap mereka yang didakwa membunuh saidina uthman dan Muawiyah berposisi ingin agar hukum allah ditegakkan.

JKK

VHoutenJr (not verified)
Re: Sekitar the first Islamic Civil War

assalamualaikum....

Sebenarnya ...dalam perang tu, takde sape pun yg salah...

Ingatlah, mereka semua tu adalah golongan yg telah dijamin masuk syurga, dan mereka juga mempunyai kelayakan untuk mengeluarjkan ijtihad mereka sendiri... jadi, bukankah setiap ijtihad yg betul itu, akan dikurniakan 2 pahala manakala ijtihad yg salah pula hanya akan menerima 1 shj pahala...? Maka dalam hal ini, jelaslah...kita tidak boleh mentakwil dan mempertikaikan ijtihad yg telah dibuat oleh etiap di kalangan mereka... BENAR @ SALAH, wallahua'lam...

WA

Re: SJ - 2921: Sekitar the first Islamic Civil War

Wsm:
Kebetulan ada seminar pada minggu depan di DBP mengenai hal ini. Kalau Ahkam jawab sekarang nanti program itu hilang pulak umpppnya.
=====================
TAJUK : Pertelingkahan Sahabah : Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah

PENCERAMAH :
1) Dr Asri Zainul Abidin - USM
2) Dr Johari Mat - UM

VENUE : Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka
20 September 2003

YURAN : RM 30.00
======================
Jika anda kelapangan, pergilah ke Program yg bagus ini, kalau tak berkesempatan, kami akan membuat rumusan berdasarkan kertaskerja di sini. Antara2 kitab terbaru yg berada di pasaran mengenai pembersihan semula sejarah sahabat yg dicemari dgn lapuran yg bias, sudah terbit beberapa kitab yg menjernihkan/membersihkan sejarah sahabat ini, antaranya:
Terjemahan alAwasyim oleh alQadhi Ibn Arabi, sebuah buku oleh Ustaz Asri sendiri dan 4 Jilid terjemahan dari karya Prof sejarah alAzhar oleh Dr Basri Ibrahim (Pensyarah Kusza) dan diterbitkan oleh Jahabersa. WA